Sunday, August 28, 2011

KLINIK HAIWAN SENAWANG : SELAMAT HARI RAYA!!!

Photobucket

Dengan sukacita kami mengumumkan bahawa Klinik Haiwan Senawang akan ditutup bermula daripada hari Isnin (29/8/2011) sehingga hari Jumaat (2/9/2011). Klinik akan dibuka kembali dan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu (3/9/2011). Sila hubungi 0satu0-4003045 untuk sebarang pertanyaan.


Kami menerima kucing untuk 'boarding' sehingga jam 3 petang 28/8/2011 (Ahad). Selepas waktu tersebut, klinik ditutup untuk Cuti Hari Raya Puasa.

Kami, warga Klinik Haiwan Senawang dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.



" Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya  " (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)


Best Blogger Tips

Friday, August 19, 2011

MALAM AL-QADAR


Half Moon


Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)

Aisyah bertanya Nabi SAW :  “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :

أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)



Best Blogger Tips

Monday, August 8, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH 2011 BAGI NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA

Masjid Jamek Sultan Ibrahim Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2011 / 1432H.


 “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Best Blogger Tips

Tuesday, August 2, 2011

DAGING RUSA FROZEN DI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Photobucket

Emmm...jual daging rusa? Memang dah lama aku dengan kawan aku buat secara offline jualan daging rusa frozen ni. Bertahun2 dah kami mengorak langkah sebagai penjual daging rusa samada frozen atau segar dalam Seremban ni. Memang sepanjang tahun ada je stok daging rusa frozen dalam peti sejuk tu. Untuk sesiapa yang berminat, atau nak daging rusa frozen ni, boleh hubungi saya atau partner saya (En. Zaman - Tel : 016 684470tujuh).

Daging rusa frozen ni sampai dah siap packing dalam berat sekilo-sekilo. Bawak balik terus je masak...manyak sodap baiiii...

Harga Jualan  RM38 sekilo (boleh nego...)

Beli lebih 5kg, harga kita kasik potong (nanti pelan2 kita bisik..heheheh). Kalau nak jadi dealer daging rusa frozen ni, nanti kita boleh adjust dia punya harga. Bagi harga baekkk punyerrrr!

Kalau ada yang berhajat nak beli karkas rusa atau rusa segar, sila hubungi kami. Kami akan cuba dapatkan karkas rusa dengan harga yang terbaik. Harga akan diberitahu setelah tempahan dibuat. 

Mari!Mari!Mari!
Photobucket
Best Blogger Tips