Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H



As-salam,

Buat semua pengunjung blog, rakan-rakan dan juga pelanggan2 Klinik Haiwan Senawang, saya dan pihak Pengurusan Klinik Haiwan Senawang ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah swt...dan dosa2 kita diampunkan olehNya. Di kesempatan ini saya ingin memohon beribu ampun dan maaf terhadap segala kesalahan yang telah saya lakukan. Ampun dan maaf dari saya....

Untuk pelanggan2 Klinik Haiwan Senawang, waktu operasi kami adalah hanya pada siang hari sahaja...iaitu 10-30am-3.00pm. Jumaat masih cuti macam biasa. Sekiranya ada sebarang masalah, boleh hubungi saya di 0126lima8304lima.

'padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dan diikat para syaitan disepanjang bulan ini...'



Best Blogger Tips

Wednesday, July 27, 2011

TUTORIAL : CARA YANG MUDAH UNTUK MENCEBURI SUB BIDANG FOTOGRAFI- CLOSE-UP/MACRO

Dalam tutorial (berasaskan kepada kamera NIKON) yang ringkas ini, saya akan cuba terangkan cara2 yang mudah untuk kita menceburi sub bidang close-up/macro dalam bidang fotografi. Niat dihati bukan nak menunjuk2...tetapi sekadar berkongsi, memberi pendedahan dan pengetahuan kepada yang memerlukannya. 

Cara ni saya perolehi melalui pembacaan di laman2 web dan juga kajian saya sendiri. Semoga kita semua beroleh pengetahuan dan manafaat daripadanya..terutama sekali kepada kawan2 yang baru mula nak berjinak2 dalam genre ini.

Bahan-bahan dan caranya :



1. Prime lens - untuk tutorial ni aku gunakan 50mm f/1.4D (sebab tu yang aku ada...heheheh). Kalau ada 50mm f/1.8D (sekenhen dapat dalam RM300) pun ok gak. Sebab kita gunakan F sekitar 4-11. Pastikan lens tu ada kawalan aperture ring secara manual (D type lens). Lens2 baru kebanyakkannya takde kawalan aperture ring...kalau nak guna untuk makro, nanti kena pakai extension tube yang ada litar (boleh guna autofocus).



2. Extension tube - Kita pakai yang paling murah. Jenis skru punyo. Takde litar letrik. Keburukkan... tiada EXIF untuk Aperture. Fokus pun jadi manual. Boleh beli kat SINI. Kalau ado duit lobih, elok pakai yang ada litar letrik...sonang nak fokus baiii....



3. Pinggan styrofoam - miahahahahaha...pinggan party besday korang tu ler :P. Ia digunakan sebagai DIY Diffuser. Paling murah dan paling simple. Sekeping je.....Tekap lens korang, pastu tebuk guna gunting/pisau. Bagi ngam2 je. Nanti senang dia nak melekat kat depan lens tuh.

4. Flash - kita pakai built-in flash jek :)

Itu je beb...
Barang sudah ada...now kita setup ini gejet. Tadaaaa......





Tips menggunakan gadget ni :

1. Kena pastikan betul2 jarak subjek dengan lens. Jadi senang nak shoot nanti. Jarak tu juga bakal menentukan pencahayaan (flash) ke atas subjek. Kalau rapat sangat, akan ada kawasan yang 'burn-out" atau over exposed. Jauh sangat..golap la pulak...huhuhu

2. Tangan dan subjek kena steady bro. Kalau tangan gigil atau subjek bergoyang (hari berangin) nanti gambor tak sharp. Kalau payah sangat, boleh guna tripod dan klip (untuk steadykan batang pokok tempat subjek tu melepak). Kena banyak sabar...kalau kurang sabar, cari buku kat bawah ni...kasik baca...kekekeke



3. Pinggan styrofoam ni memang diffuser yang sangat bagus. Saiznya yang besar menghasilkan penyerakkan cahaya yang lebih luas dan juga menghasilkan bayang yang lembut. Satu je keburukkannya, tak bley beli satu...kena beli sekali sebundle...kekekekeke :P

4. Banyakkan latihan..kelak hasil pasti marbeles!

Contoh gambar2 yang diambil menggunakan teknik ini :











Semoga anda berjaya dan selamat mencuba!!!

*Artikel yang sama boleh dilihat di SINI Best Blogger Tips

Monday, July 25, 2011

KES : KUCING MAKAN KEMUNCUP



Kita biasa tengok kucing bermain2 dan makan rumput atau kemuncup. Aktiviti mengunyah kemuncup ni memang kerap dapat dilihat pada kucing. Bila lepaskan kucing petang2, kucing ni suka bermain2 sambil mengunyah2 kemuncup.

Beberapa hari lepas, masuk 1 kes dengan komplen kucing tak mau makan, air liur menjejeh, mulut berbau dan berat badan mula menyusut. Setelah pemeriksaan am dan fizikal dilakukan, telah ditemui benih2 kemuncup 'terpacak' dengan banyaknya dalam mulut kucing tersebut.

Rawatan telah diberikan dengan mengeluarkan semua benih kemuncup yang ada dan antibiotik juga telah diberi untuk mengelakkan jangkitan sekunder.

Sekiranya kucing anda suka mengunyah2 rumput atau kemuncup, lakukan pemeriksaan berkala di rumah untuk mengesan sekiranya ada benih2 kemuncup 'terpacak' dalam kawasan mulutnya. Pencegahan awal adalah lebih baik dan...lebih murahhh baiiii! :P



Best Blogger Tips

Friday, July 22, 2011

KES : KUCING MAKAN PANADOL / PARACETAMOL


Baru hari tu aku review tentang ketoksikan panadol kepada kucing. Selang 2 hari lepas, masuk satu kes ke klinik. Tuan punya kucing ni dah beri panadol 2 bijik. Aduyaiii...kesian anak kucing ni baiiii... Datang2 je muka dah bengkak. Terus aku tanya..."Berapa bijik bagi makan panadol?". Sambil tersenyum tuan punyanya menjawab...2 bijik je doktor....uwaaaaaaaaa!

Ni la contoh tanda klinikal yang akan kelihatan sekiranya kita bagi makan panadol kepada kucing. Muka kucing ni jadi bengkak. Gusi dan bibir akan kebiru-biruan. Nafas mencungap2 dan pendek2. 

Rawatan memang mahal bang...Ubat yang digunapakai adalah acetylcysteine. Memang terkenal dengan mahalnya. 10ml sahaja dah berharga RM300...huihhh! Buat masa ni, alhamdulillah, kucing ni dah start makan dan bengkak pada mukanya telah beransur2 surut. Gusi dan bibir yang kebiru-biruan dah bertukar jadi merah jambu. Panjang umur kucing ni....

Semoga anda dan keluarga anda tidak beri kucing anda makan panadol!....hehehe






Best Blogger Tips

Wednesday, July 13, 2011

MY NEW GADGET : NIKON CLOSE-UP SPEEDLIGHT COMMANDER KIT R1C1


Wahhhh..apo bondo eh tu? Hehehe...speedlight je bro. Speedlight untuk kerja2 makro@mikro aku. Bendanya macam kat atas tu. Sebenarnya tak terniat pun nak tapau satu set. Memang dah ada budget RM1.8K...tapi untuk beli speedlight je. Satu hari tu aku surf Photomalaysia.com, ternampak lak satu mamat ni nak jual Nikon R1C1 dia complete set dengan harga RM1.8K. Tanpa fikir panjang terus call dan jumpa this mamat at The Curve.

Lepas belek2 dan borak2, aku puas hati. Walaupun barang dah berusia 3 tahun, tapi hanya baru pakai 3 kali. Pandai mamat ni jaga barang...calar pun takde. Oleh kerana aku datang jauh daripada Seremban, dia diskaun lagi RM100. Harga last deal yang aku dapat ialah RM1.7K. Shake hand then go home. Yahoooooo!

Apa yang aku dapat dalam box tu? Item macam dalam gambor bawah nih ...








Terkial2 jugak memula nak pasang kat Nikon D7000 aku. Lepas tengok manual sumer...dah boleh pasang. Yess! Aku pasang dengan lens Tamron 60mm f/2, Kenko 1.4X teleconverter dan jugak 20mm extension tube. Ni lah gambar2 hasil mengujilari gadget sekenhen nih....pueh hati den baiiii!


Bertanduk Orkid bini aku... :P Ladybird Wasp Kerengga Bunga senduduk DSC_6800 Best Blogger Tips

Saturday, July 2, 2011

ANAK KUCING BERAK BERCAMPUR DARAH

Anak kucing

Heh...siapa biasa bela kucing mungkin kerap jumpa dengan masalah nih. Anak kucing umur bawah 6 bulan memang boleh menunjukkan tanda klinikal berak bercampur darah. Selalunya episod ni bermula dengan berak cair. Tak lama kemudian najisnya bercampur darah. Badan anak kucing ni mula kurus, jalan terhuyung hayang dan dehydrated. Kalau tak di rawat, boleh menyebabkan kematian.

Apa penyebabnya ?

Salah satu sebabnya adalah berpunca daripada jangkitan Coccidia (genus : Isospora). Ia adalah sejenis protozoa (organisma 1 sel)  yang hidup dan beranak pinak dalam usus anak kucing dan anjing (biasanya yang berumur kurang 6 bulan). Kalau sebut benda nih kat makcik2 yang datang ke klinik..harus pening makcik2 tu. Selalunya aku kata ...anak kucing ni kena jangkitan kuman. Kan sonang tu baiii...Kucing dewasa jarang kena kerana telah imun. Dalam usus memasing sebenarnya memang ada pun kuman ni, tapi tidak menyebabkan penyakit kepada kucing dewasa. 

Bagaimana ia menjangkiti anak kucing ?

Jangkitan adalah daripada najis ibunya. Najis ibu kucing ni selalunya mempunyai sista ( macam benih laaa...) Isospora ni. Ibu kucing lepas 'tunaikan hajat', dia jilat bersihkan anus dia. Lepas tu pi jilat satu badan...lepas tu jilat anak la pulak. Haaaaa...tu la puncanya anak2 kucing tu dapat jangkitan Isospora ni. Sista tu masuk dalam usus anak kucing, melalui oral (mulut). Errr...korang boleh ikut ke tak ni? Ni dah kira ayat paling mudah aku terangkan nih...heheheh

Maka berkembang biak ler dia dalam usus anak kucing yang tiada immuniti terhadap Isospora tu. Mula telan sista sehingga nampak tanda klinikal adalah dalam lingkungan 13 hari. Dalam kes2 yang teruk, usus anak kucing tu boleh jadik transparent wooo. Usus tu dah jadi nipis sangat2. Isospora ni memang kerja dia dok musnahkan dinding usus. Tu yang berlaku pendarahan dalam usus. Jadi dapat la kita lihat darah pada najis anak kucing tersebut.

Rawatan ?

Bawa anak kucing anda segera ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan je. Nanti mati anak kucing tu. Kalau awal2 lagi dapat dikesan, kadar penyembuhan adalah amat baik.

Bagaimana nak kontrol atau nak elakkan jangkitan ini?

1. Pastikan ibu kucing dan anak kucing tu tak bergelumang dengan najis. Bersihkan setiap kali ibu kucing 'tunai hajat'. Ini untuk kucing2 yang dikurung dalam sangkar ler. Kalau lepas bebas, takde ler anak dia bergelumang ngan najis emak dia.

2. Cuci dan ganti alas atau apa jua hamparan untuk anak2 kucing tu sehari sekali. 

3. Sekiranya dah ada anak kucing menunjukkan tanda2 terkena jangkitan, sila asingkan anak kucing tu baiii...

4. Elakkan kucing anda berkongsi makanan dengan cik lalat dan juga cik lipas! Mereka ni sumer boleh menjadi pembawa kepada penyakit ni.

5. Kurangkan stress - sekiranya baru beli anak kucing atau anak kucing tu mula didedahkan persekitaran dengan baru, jangan la 'gomol' atau pegang2 sangat. Kurung je dalam sangkar barang 3 atau 4 hari untuk dapat dia sesuaikan keadaan di tempat baru.

Semoga anda gembira dan hidup bahagia dengan kucing-kucing anda!




Best Blogger Tips