Saturday, April 30, 2011

HUTAN SIMPAN BEREMBUN NEGERI SEMBILAN

Semalam Jumaat...borink tak buat apa. Klinik memang ler tutup sebab aku off hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, terasa gian nak shoot gambo. Apalagi, gua capai gadget, terus ke Kg. Pantai Seremban. (..kampung den la tuh...huhuhu).

Amik jalan belakang Balai Polis Pantai, terus up ke Loji Air Pantai. Parking keta...tetiba dengar bunyik burung yang macam biasa aku dengar kat Royal Belum. Arghhhhh...sepasang enggang tengah terbang berpasangan di atas kepala aku. Wallaweii..ado enggang kek sini woiii!

Aduihh...tinggi la sangat pulak. Terlindung di balik2 canopy pokok hutan. Takpo la....den turun poie sungai kek bawah tuh dulu. Umangai...memang cantik sungai tu. Dah lama aku tak pergi sini. 10 tahun dulu rajin ler aku ke sini untuk berkubang. 

Adesss...tengok langit mondung semacam. Packing all the thing. Nak poie balik kat kereta. Sekali lagi!!!...Sekali lagi itu enggang berbunyi. Macam dekat jek. Aku dongak...dan nampak memang dekat. Memang tercapai ler pakai Sigma 500mm aku. Baru nak angkat kamera....ghauuu!ghauuu! Hujan turun...uwaaaaaaaaaaa!!!!

Takpo..akan ku ulang untuk dokumenkan kau wahai enggang di Berembun! Best!
Best Blogger Tips

Thursday, April 28, 2011

TV3 DAN AKHBAR PERDANA PAPAR AKSI LUCAH



Arghhhh...semalam aku duduk ngan anak2 depan tv tunggu berita TV3. Tup tup...berita utama keluar video lucah.Apa punya sengal la TV3 nih. Nasib baik anak2 aku tak tanya...apa tu bah? Apa dia buat tu bah? Eeiiii...tak malu pakai seluar depan orang!!!!

WTF!!! Memang hangin aku satu badan. Macam harammmmm! Mana ler letak kepala hotak diorang ni pun aku tak tau. Kalau iye pun nak gunakan media sebagai jarum politik, toksah ler buat macam tuh. 

Pagi2 tadi pergi kedai makan. Capai surat khabar...adoyaiiiiii! Terpampang jugak gambar aksi lucah kat muka depan. Woiiii! Apa punya masyarakat laaa korang nih. Boleh hidup aman ke dengan mengaibkan orang lain....Gasak korang ler...aku nak tengok takat mana korang nak berperang gunakan media yang ada. Nanti pilihanraya kita buatler pilihan ikut suka kita....aku punya undi, aku punya suka!!!! choiii!
Best Blogger Tips

SIMPTOM ATAU TANDA YANG MENUNJUKKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA TIDAK SIHAT

Si Comot

Ramai orang kita suka bela haiwan kesayangan tetapi tidak mengetahui apa simptom yang ditunjukkan oleh haiwan itu apabila ia tidak sihat atau mengalami masalah kesihatan. Ada beberapa tanda2 atau simptom yang perlu diberi perhatian. Tindakan pantas kita mungkin akan dapat menyelamatkan haiwan itu daripada menderita dan seterusnya menemui ajal. Antara tanda2 atau simptom2 yang perlu diberi perhatian ialah :

1. Tidak makan atau hilang selera makan

Ini adalah simptom yang paling biasa ditunjukkan apabila haiwan kesayangan anda tidak sihat. Sekiranya kucing anda dah tak makan selama 24 jam, jangan bertangguh, bawa secepat mungkin ke klinik haiwan yang berhampiran untuk diberi rawatan. Janganler tunggu sampai kawan tu lembik dan tak bermaya baru nak dibawa ke klinik. 

Kebanyakkan penyakit yang dihidap oleh kucing akan menunjukkan tanda ini pada awal jangkitan. 

2. Kencing tak lawas/ berdarah

Ini satu lagi yang perlu diberi perhatian. Dalam kes batu karang pada kucing, perkara nih memang berlaku. Menonggeng2 kucing tu nak kencing. Meneran2...yang keluar hanya setitik atau 2 titik air kencing. Ada juga kucing yang asik2 kencing...asik2 kencing. Ini pun tak normal. Perhatikan warna urin atau air kencing tu. Selalunya warnanya akan bertukar kepada kemerahan (ada darah) atau lebih keruh daripada biasa. 

Sekiranya berlaku macam ni, cepat2 bawa haiwan kesayangan anda ke klinik. Kelewatan boleh menyebabkan kucing nih hilang nyawa baiii.....Sepanjang pengalaman aku ler, selalunya masalah nih terjadi kepada kucing jantan yang mempunyai berat badan lebih daripada 3 kg.

3. Hilang berat badan

Kalau boleh, tiap bulan bawa ler kucing tu ke klinik untuk dapatkan timbangan berat badan dia. Kalau malas ke klinik, timbang je kat rumah guna timbang jual getah pun takpe...kekekeke. Rekodkan berat badan kucing tuh. Hilang berat badan yang dimaksudkan di sini adalah kehilangan berat badan yang ketara. Kalau setakat hilang 10% berat badan tu kira biasa je tuh. Lebih2 lagi kalau kucing jantan diwaktu musim mengawan.

Kalau dah kurus kering, payah nak naik balik berat badan kucing tu. Jadi, tolong ler monitor berat badan kucing anda ye...

4. Masalah dengan pernafasan

Masalah yang utama, ada cecair atau hingus keluar melalui hidung. Bermula daripada cecair jernih, jika dibiar berlarutan akan menjadi kronik atau bertukar menjadi kekuningan. Kes selsema pada anak kucing adalah lebih kritikal sehingga boleh menyebabkan kematian.

Kesusahan bernafas, mencungap2, ternganga2 atau terjelir lidah untuk bernafas juga perlu diberi perhatian. Sekiranya pernafasan haiwan terganggu, perolehan oksigen oleh tisu badan juga akan terganggu dan akhirnya boleh membawa kematian.


5. Sakit kuning/ jaundis

Simptom ini pun selalu berlaku. Masalahnya owner selalunya kurang peka dengan perubahan warna kulit haiwan. Maklumler menda berbulu...heheheh. Selalunya episodnya bermula dengan demam yang melampau. Kucing biasanya tak makan beberapa hari. 

Cara nak tengok samada kucing kita ada sakit kuning ke tidak...senang jek. Cuba periksa kulit cuping telinga belah bawah, putih mata dan gusi kucing tu. Kalau nampak pertukaran warna menjadi kuning, memang sah ler kucing tu mengidap jaundis.

6. Keletihan, kelesuan atau lemah

Tanda2 ni juga penting. Sekiranya tanda2 ni berlarutan lebih sehari, kucing anda perlu dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.

7. Demam

Kucing ni berdarah panas. Kekadang kita tak perasan kucing ni demam atau suhu badannya meningkat. Kalau nak monitor sendiri kat rumah senang je. Beli jangkasuhu kat farmasi. Basahkan buli jangkasuhu dengan air. Tusukkan (errkk...macam ganas je..hehehe) jangkasuhu tu kat anus @ lubang bontot..hohohoh. Biar seminit...amik reading. Kucing yang normal sepatutnya mempunya suhu badan sekitar 38.6 degree celcius. Kalau suhu mencanak2 tinggi...domam la tuh. Copek bawak poie klinik bai...

8. Kejang atau sawan

Ni pun selalu gak berlaku. Kucing tetiba kejang atau sawan. Sampai berbuih2 mulut pun ada. Macam nak kayuh basikal pun ada...phew! Selalunya berlaku pada kucing yang mengalami demam yang melampau. Cepat2 bawa ke klinik!

9. Mata merah

Mata merah bukan sebab nangis der...Mata merah ni selalunya merujuk kepada keradangan pada kelopak mata. Cuba perhatikan bola matanya sekali. Sekiranya terdapat tanda2 ulser, ia perlukan rawatan. Agak biasa berlaku pada anak2 kucing. Sampai melekat2 tak boleh bukak mata. Kekadang ada nanah lagi...

10. Berak darah

Berak bercampur darah. Banyak atau sikit tak penting. Yang penting ada nampak darah. Kalau banyak...teruk ler tu.Pada anak kucing pun biasa gak berlaku...tapi darah tu sikit je.

11. Muntah darah

Bahaya nih. Cepat bawak ke klinik. Kes macam ni berlaku sekiranya ada ulser dalam perut atau haiwan tu mengalami masalah pada organ hati.

Itu adalah beberapa tanda2 atau simptom2 yang perlu kita alert. Sekiranya mana2 tanda tersebut appear kat haiwan kesayangan kita, cepat2 bawa ia pergi berjumpa doktor. Tindakan pantas anda boleh menyelamatkan nyawa haiwan kesayangan anda. Semoga anda hidup lebih bahagia dengan haiwan kesayangan anda....

@hishammarmin - Adesss...penat mencatuk...kekekeke




Best Blogger Tips

Tuesday, April 19, 2011

FULL MOON

Full Moon
f/8, ISO 100, 1/250

Yezzaaaaaa....setelah berpeluh2 setting kamera dan mendongak ke langit, berjaya gak aku ambik gambor bulan. Alhamdulillah...dapat lihat ciptaan Allah swt dengan lebih jelas. Berpandukan kepada tutorial sebelum nih, memang cun dan memang boleh ambil gambar bulan dengan cantik. Selebihnya adalah kerja2 post processing.
Best Blogger Tips

Monday, April 18, 2011

ROYAL BELUM STATE PARK

[Royal Belum] - Aku hanya serangga[Royal Belum] - Garang[Royal Belum] - Kelongsong[Royal Belum] - Aku hanya serangga[Royal Belum] - Kupu-kupu malam[Royal Belum] - Aku pun serangga juga
[Royal Belum] - Riang rimba[Royal Belum] - Halus[Royal Belum] - Jangan masuk lubang[Royal Belum] - To take off[Royal Belum] - Menyamar[Royal Belum] - Kumbang
[Royal Belum] - Kupu-kupu malam[Royal Belum] - Kupu-kupu malam[Royal Belum] - Kupu-kupu malam[Royal Belum] - Berjanggut[Royal Belum] - Aku makan kau nanti![Royal Belum] - Haiii!!
[Royal Belum] - Belum, aku..dan kamu[Royal Belum] - Ribuan tahun kekal abadi[Royal Belum] - Kesepian mencengkam[Royal Belum] - Biarku di sini[Royal Belum] - Maskot Royal Belum 1[Royal Belum] - Maskot Royal Belum 2
Royal Belum State Park, a set on Flickr.
Ni gambor2 aku shoot masa pergi Royal Belum haritu. Semuanya ada kat Flickr...hehehe Best Blogger Tips

HOW TO PHOTOGRAPH THE MOON

Malam ni bulan mengambang penuh. Aku nak try pulak shoot gambor bulan. Cemana setting? Haaa...ni kat bawah ni ada tutorial. Mari kita belajar....heheheheh



Nanti dah dapat gambor bulan, aku tepek kat blog ni. Best Blogger Tips

Sunday, April 17, 2011

NIGHT PHOTO SHOOTING DI PUTRAJAYA

Hari Jumaat lepas, aku dan family saja-saja jalan ke Putrajaya. Biasa la bawak budak2 makan angin. Bapak budak dah siap sedia dengan alatan 'menembak'. Oleh kerana masa pun agak suntuk, dapat ler snap lebih kurang. Tapi alhamdulillah..hasilnya memuaskan hati aku....mmuahhhh!

[Putrajaya] Jambatan Seri Wawasan

[Putrajaya] Bangunan Jabatan Akauntan Negara

[Putrajaya] Istana Darul Ehsan Best Blogger Tips

Saturday, April 16, 2011

HOW TO ADD WATERMARK TO YOUR PHOTO IN PHOTOSHOP



Entri kali ni tentang bagaimana nak bubuh watermark pada foto ( macam dalam gambar atas tu - "hishammarmin photography") dengan cara yang lebih mudah. Benda ni pun kita akan buat selalu dan berulang2 untuk setiap keping foto.

Penting sangat ke watermark ni? Tak de apa benda pun...cuma dia macam 'signature' ler kat foto2 kepunyaan kita. Kalau orang nak cikun foto tuh, ada bapak watermark pun dia cikun baiii...hehehehe.

Untuk buat watermark ni, aku follow satu mat salleh ni ajor kat Youtube. Ok ler...senang paham. Walaupun dia guna Mac dan aku guna Windows....aku masih boleh faham apa yang dia ajar. Tengok ler video kat bawah nih...dan cuba praktikkan!

Best Blogger Tips

Thursday, April 14, 2011

NIKON D7000 - MY NEW GADGET!

"The D7000 feels like the fastest Nikon DSLR I've ever used, which means it is.The D7000 just goes, with no delay at all for focus and shooting. Chasing my kids around, it never gets in the way, seemingly even faster then my professional D3.By faster, I'm not talking about static frames-per-second; I'm talking about how fast everything locks-on and fires in the course of real-world photography. With the D7000, it's almost scary how fast and effortlessly every picture takes itself, even with flash.The D7000 is fast, quiet, and well, just snaps faster than any other camera." ~ Ken Rockwell



Muahahaha....D7000 is the latest gadget aku beli. Memang puas hati baii. Masa pakai D3000 ( what a crappy DSLR..errkkk!), kekadang rasa tension jek sebab ada had2 tertentu. Maklumler, D3000 tuh untuk mereka yang baru melangkah masuk ke alam photography.

So far, dah dekat seminggu aku godek2 D7000 nih, keseluruhannya aku puas hati. Aku dah try dengan lens2 yang aku ada...semuanya berfungsi dengan baik dan lancar. Cuma aku tak puashati dengan fungsi BKT (Aeb) dia yang ciput...3 koping yo...ceittt! Tapi alhamdulillah aku dah dapat penyelesaian atas masalah tuh.

D3000 tuh dah jadik second camera..turun pangkat der...kekekeke. Mungkin lepas nih aku bercadang nak beli D3s pulak....kalau forex trading aku untung ler...wakakakaka! Nak tengok review...baca sini (tah kenapa la aku suka sangat Ken Rockwell ni ...huhuhuhu)


Best Blogger Tips

Wednesday, April 13, 2011

NIKON D7000 - AUTO EXPOSURE BRACKETING (AEB)

Gecko

Setelah puas ku belek2 Nikon D7000 nih, baru ku tahu AEB mode (BKT) dia hanya benarkan untuk bracket 3 keping foto dengan berlainan exposure. WTF!. Aku dah ler memang minat nak buat HDR, tapi bila baca manual dan review macam tu pulak. Tapi tak pe...aku godak ler pakcik Google. Akhirnya aku dapat jawapan cemana nak buat 9 AEB atau 15 AEB menggunakan Nikon d7000 ni...heheheheh

Untuk dapatkan 9 AEB, kita tipu sikit DSLR nih. Kita kasi tweak macam nih :

1. Setup AEB atau BKT untuk 3 AEB dengan 1EV steps.
2. Shooting mode kita pakai Continous Low (CL) - nak bagus kena ada wire/wireless remote. Kamera tak goyang baiii...
3. Pastu kita setkan Exposure Compensation kepada -3
4. Release shutter...kita akan dapat 3 keping foto AEB (-4,-3,-2)
5. Kita setkan Exposure Compensation back to 0.
6. Kita fire lagik!...kita akan dapat 3 keping foto gak (-1, 0, +1)
7. Kita setkan pulak Exposure Compensation kepada +3
8. Fire!!!...then kita dapat 3 keping lagi foto (+2, +3, +4)

Tadaaaaaa.....dah dapat 9 keping foto dengan Exposure Compensation yang berbeza dan boleh dah proses untuk jadikan foto HDR.

Untuk dapatkan 15 keping foto dengan Exposure Compensation yang berlainan, kita kena gunakan software. Kena ada ler 1 lappy yang kecil molek untuk mudah kita bawak ke hulu atau ke hilir...kekekeke. Software yang aku pakai....NK Remote. Mana nak dapat software nih? Kena beli baiii. Tapi kalau nak free...email aku jek....:P
Best Blogger Tips

Tuesday, April 12, 2011

LENS - BOLEH PAKAI KE TIDAK?




Khas untuk warga NIKON, kalau ada DSLR, selalunya yang menjadi dilema adalah lens. Tengok kat pasaran ada macam2 lens. Daripada yang baru sehinggalah yang second hand. Nak beli lens tersebut, takut tak boleh pulak pakai kat DSLR yang ada tu.

Untuk nak tahu, senang jek bai. Pergi kat website nih. Baca kat situ, nanti kita akan tahu samada lens yang kita nak pakai tuh compatible atau tak dengan DSLR yang kita ada. 
Best Blogger Tips

RUJUKAN UNTUK BUAT PERBANDINGAN JENIS KAMERA DAN LENSA



Ada satu web nih memang bagus. Kalau tengah survey nak beli kamera atau lens, kita boleh lihat gambar2 yang diambil menggunakan lens atau kamera tersebut. Gambar-gambar nih adalah stok daripada flickr. Senang ler kita nak buat review.

Jadi, sebelum ambil keputusan nak gi shopping, kena ler buat homework sikit di SINI. Jadi kita akan tahu samada kamera atau lens tu boleh penuhi kehendak kita atau tidak. Sila2....
Best Blogger Tips

Monday, April 11, 2011

SENARAI LENS YANG AKU GUNA

1. AF-S NIKKOR 18-55mm 1:3.5-5.6G

Hehehehe...ni kit lens dapat sekali masa beli DSLR yang kedua aku dulu...NIKON D3000 (what a crappy dslr...kekekekeke).

"This 18-55mm VR focuses closer than either of the more expensive lenses, weighs less, is smaller and has less distortion at the long end."...Ken Rockwell

2. AF-S NIKKOR 55-200mm 1: 4-5.6G ED
"The Nikon 55-200mm VR is a superb lightweight, plastic-mount lens with outstanding performance."...Ken Rockwell

3. SIGMA 150-500MM f5-6.3 APO DG OS HSM
Perghh...ni lens yang paling berat dan panjang yang aku ada. Memang berat wooo..sekitar 1.7kg! What a big gun!!! Aku masih lagi menyesuaikan diri menggunakan lens ni. So far so good!


"This Sigma 150-500mm's optics are superb, and its excellent stabilization system lets one shoot at 1/30 - 1/60 hand-held at 500mm! Autofocus is leisurely, so it's not ideal for action, but for nature, landscapes and portraits where you really need 500mm, go for it! "...Ken Rockwell


4. TAMRON SP 60mm f/2 Di II MACRO AF

Yess...ini la lens yang paling kerap aku bawa ke hulu ke hilir. Memang best lens nih. Boleh guna dalam apa jua keadaan. Macro, scenary, potrait....Lens yang paling banyak aku guna untuk ambil gambar. Memang best!

"The world's fastest 1:1 digital macro lens, this is also the fastest Tamron, and its first to allow manual focus while in autofocus mode. It has a very tight closefocusing distance, and it belongs to Tamron's top-tier SP family of Super Performing lenses."... Popphoto.com


Best Blogger Tips

TIPS FOTOGRAFI - MEWUJUDKAN SINAR CAHAYA SEPERTI 'BINTANG' PADA SUMBER CAHAYA

Emm...dah mula pulak aku menulis pasal bidang fotografi. Nak tau sebab apa aku tulis? Sebenarnya aku nak buat nota kat buku. Tapi takut hilang pulak. Daripada aku gunakan pengetahuna ni untuk aku sendiri, lebih baik aku kongsi je ngan korang. Kalau korang tak suka pun takpe, sebab ia adalah nota untuk senang aku nak rujuk kembali.

Kekadang kita perati ada gambar yang diambil oleh jurugambar, terutamanya gambar diwaktu malam, lampu2 jalan kelihatan bersinar seperti bintang. Tak pun gambar cahaya lilin pada kek. Sebenarnya untuk mewujudkan keadaan ni senang jek.

Kaedah :

1. Gunakan Aperture Priority mode. Kalau kat kamera, kat dialer atas tu set kan ke huruf 'A'
2. Kecikkan bukaan lens. Maksudnya di sini, set kan aperture kepada bukaan yang kecil seperti f/22. 
3. Lepas tu snap ler baiii....

Nanti kalau ada masa aku akan update balik entri nih untuk letakkan gambar contoh supaya senang faham...:)


Best Blogger Tips

Wednesday, April 6, 2011

THE 'SMALL ANIMALS' - AS A PET

Keeping the small animal as a pet is quite popular in this era. Small animal is also known as ' pocket animal' , such as;

1. rabbits

2. guinea pigs

3. hamsters

4. gerbils

5. chinchillas

6. mice and rats

7. sugar glider

8. chipmunks

9. squirrels

10. other small animals


Best Blogger Tips

Tuesday, April 5, 2011

CUTANEOUS MYIASIS - MAGGOT WOUND


Flies can cause dermatologic disease in dogs and cats. The common one is cutaneous myiasis caused by Chrysommia bezziana flies. It is most commonly contracted when flies place their eggs on damage skin (wound) or mucous membranes.

The larvae damage the underlying tissues and skin by burrowing into it. The head of these larvae is in the tissue, while the back or the posterior region is visualized as a small black dot (breathing pore), and the function is for breathing. The larvae are dependent on an animal host during parts of its lifecycle, to complete its development. Sometime it’s leaving holes in the skin.

Clinical signs: This dermatologic disease is usually seen as alopecic, crusted areas and the maggots usually visualize in the wound on the pet. In some cases, the fly eggs are appearing on the fur around the wound. The wound odor is quite characteristic, and it will attract other flies to lay their eggs around the wound.

This disease commonly affected skin, ear, anal region and paw. Diagnosis can be done easily because the appearance of larvae at the wound or the infected areas.

Treatment: Clipping fur at the affected area is important. The area is clean with antiseptic such as chlorhexidine. Saline (Sodium chloride solution) is used for irrigation and flushing. Maggots are taken out using tissue forcep. Hydrogen peroxide is used for mild debridement of the death tissues. Sometime, surgical debridement is done. An antibiotic such as amoxicillin-clavulanate or clindamycin is given for elimination of secondary infection cause by bacteria. Prevention is difficult. Ivermectin 1% at 0.02ml/kg can be given subcutaneously to kill any new larvae, if entering the affected area. Application some fly repellent around the wound is useful. Supportive care is given to the pet that heavily infected or in the chronic case of cutaneous myiasis.
Best Blogger Tips

Monday, April 4, 2011

JARGON - FOTOGRAFI





Berikut ni adalah antara term2 atau jargon yang biasa digunakan dalam bidang photografi. Banyak juga istilah ini digunakan di forum2 fotografi. 


AE = Auto Exposure
AEB = Auto Exposure Bracketing
AF = Auto-Focus
AF-S = Auto-Focus with Silentwave
Bokeh = The subjective aesthetic quality of out-of-focus areas of an image projected by a camera lens
CA = Chromatic Aberration
CCD = Charged-Coupled Device (aka: sensor)
CF = Compact Flash
CFD = Closest Focusing Distance
CLS = Creative Lighting System (from Nikon)
CMOS = Complementary Metal Oxide Semiconductor (Canon dSLR image sensor)
CPL = Circular Polarising Filter
D (e.g. 400"D"/"D"200) = Digital
DI = Digitally Integrated (Tamron Lenses)
DO = Diffractive Optics
dSLR = Digital Single Lens Reflex camera
DRI = Dynamic Range Increase - A technique like a ND Grad filter but in photoshop
DX = Refers to sensor size of Nikon dSLRs, or lenses made for exclusive use of such sensors. However there appears to be no official explanation on what it stands for.
EOS = Electro Optical System
ED = Extra-low Dispersion
EV = Exposure Value
EVF = Electronic View Finder
f/(number) e.g f/2.8 = focal length to aperture diameter ratio (aka, aperture or f-number)
FD = Face Detection
FOVC = Field Of View Crop (Crop Factor, Focal Length Multiplier)
FTM = Full Time Manual (Focusing)
HDR = High Dynamic Range - A technique of blending 3 or more different exposure of the same shot to increase the dyanmic range (usually -2,0,+2)
HSM = HyperSonic Motor (from Sigma)
IF = Internal Focusing
IR = InfraRed radiation. Usually refers to infrared photography
IS = Image Stabiliser (from Canon)
L = Luxury (Type of Canon Lens)
LD = Low Dispersion (Type of Lens Element)
LPF = Low Pass Filter
MF or M = Manual-Focus
MFD = Minimum Focusing Distance
ND = Neutral Density (Generally refers to filters to help you get a longer exposure)
ND Grad = Neutral Density Graduated (A filter used to even out the contrast between bright sky and dark foreground)
NR = Noise Reduction
OE = Over Exposed
OIS = Optical Image Stabiliser (from Panasonic)
OOF = Out Of Focus
OS = Optical Stabiliser (from Sigma)
OVF = Optical View Finder
PnS = Point and Shoot (Small compact type cameras)
PP = Post-Processing/Post-capture Processing
Red Dot = Leica (Because of the logo)
SD = Secure Digital/SanDisk
SLR = Single Lens Reflex
SOT = Sour Old Thing
SR = Shake Reduction (from Pentax)
SSS = Super Steady Shot (from Sony)
SWM = Silent Wave Motor (from Nikon)
TTL = Through The Lens
UE = Under Exposed
USM = Ultrasonic Motor (from Canon)/ Unsharp Mask / Universiti Sains Malaysia
UV = Ultraviolet. Usually refers to ultraviolet filters, although they are usually used to protect the lens from dust, fingerprints, ect, rather than to filter out UV rays.
VC = Vibration Compensation (from Tamron)
VR = Vibration Reduction (from Nikon)

Best Blogger Tips