Monday, May 30, 2011

KONGKANG @ SLOW LORIS



Entri aku hari ni...ye memang nak citer pasal kongkang. Korang tau ke kongkang? Tu ler kongkang...macam kat dalam gambor atas tuh. Memang comel dan pemalu. Ia adalah haiwan mamalia yang begitu aktif di waktu malam. Genus Nycticebus dan ada kira-kira 5 spesis dalam dunia.

Kongkang biasa kita jumpa kat kampung. Dia memang duduk atas pokok. Tak kira ler pokok kelapa ke...pokok manggis ke... Jarang dapat dilihat kerana tidak aktif pada waktu siang. Jarang hidup berkumpulan. Biasa melahirkan seekor anak sahaja. Kongkang ni adalah haiwan yang boleh makan macam2 benda...serangga, siput, buah, pucuk muda dan getah pokok.

Apa yang bahayanya kongkang ni? Gigitannya beb. Hati-hati bila hendak memegang kongkang. Kongkang boleh menggigit. Gigitannya memang amat menyakitkan. Gigitan kongkang juga mengandungi toksin...tetapi kesannya adalah tidak teruk dan tidak membawa kematian kepada manusia. Pengecualian untuk orang2 yang ada masalah alergik terhadap bisa atau gigitan haiwan...mereka2 ini boleh mati jika digigit kongkang. Kematian adalah disebabkan oleh 'anaphylactic shock'.

Jadi hati2 ye kalau jumpa kongkang. Jangan main pegang jek. Nanti tak pasal kono gigit baiiii...

Sebab apa aku cerita pasal kongkang??...sebab apa beb??? Sebab hari ni aku kena gigit dengan kongkang!!!!!! Arghhhh! sakit dowh! Dia gigit kat jari kelingking kanan aku. Puncanya, pelanggan aku bawak datang kongkang ke klinik. Kongkang tu memang ada masalah dengan kaki kiri hadapan. Aku tanya dah kat dia...kongkang ni gigit tak bang? Dia jawab..taklaa doktor. Aku pun cuba pegang...GAPPP!!!perghh itu kongkang sudah gigit gua punya tangan beb!



Berdarah dan lebam jari aku (gambar atas tu). Sakit berdenyut2. Terus aku makan painkiller dengan antibiotik. Sapu gak minyak gamat. Takut2 kang jadi melarat lak...Moralnya - hati-hati dengan binatang. Kasi respek sikit kat binatang2 ni...hehehe

Yang tak best..sebelum balik, owner tu bagitau...err...tadi kongkang tu gigit gak ayah saya...uwaaaaaaaa!!!!
Best Blogger Tips

Sunday, May 29, 2011

MANCHESTER UNITED KALAH???????



Adoyaiiiiiiiiiiii....kalah ke MU? Hehehehe...memang patut pun kalah. Kira sejarah jugakler malam tadi sebab tengok game sampai habis. Selalu aku tengok 10 minit je...lepas tu tv tu tengok aku. Anyway...tahniah untuk Barca. Memang patut pun kemenangan di pihak mereka. MU main macam sampah...huhuhuhu

Sekiranya diamati, memang penguasaan keseluruhan adalah milik Barcelona. Dengan 68% penguasaan padang, rasanya tidak janggal untuk Barcelona menjulang trofi kejuaraan. Kekalahan 3-1 MU kepada Barca sudah pasti mengundang kekecewaan dan kemuraman kepada seluruh peminat fanatik MU...,sobar yo baiiii...



Rata2 orang UMNO aku lihat memang penyokong kuat MU. Elok jugak ler kalah...padan muka...hohohohoh. Tapi, itu semua hanya satu perlawanan bolasepak yang telah berjaya menambat hati kita dan menghiburkan kita. Bagai langit dan bumi jika hendak kita bandingkan prestasi bolasepak mereka dengan team2 tempatan . Wake up boys...main bola bukan untuk memang jek, sambil2 tuh mestilah hiburkan penonton. Baru ada kelas!!!

Untuk MU..takziah ye dol!!!!! HAHAHAHAHAHA! :P

p/s: untuk anti MU fan club....lets party..lalalalala


Best Blogger Tips

Thursday, May 26, 2011

HALF MOON PHOTO

Half Moon

3 hari lepas kalau tak salah aku, on the way balik rumah lepas minum kat kedai, ternampak bulan di langit yang cantik dan saiznya agak besar daripada biasa. Bulan tu 'setengah' je...bukan bulan penuh pun. Masa tu pukul 1 lebih pagi. Apa lagi...sampai je kat rumah, terus capai Nikon D7000 aku, tripod dengan 'mr. big' Sigma 150-500mm. Shooooooottt! :)

Kalau dah kaki snap gambor, memang tak lepas peluang langsung. Asal ada peluang...memang tak dilepaskan. Hasilnya..seperti gambor kat atas tu. Masya Allah...memang Tuhan Maha hebat dan Maha Pencipta yang tiada tandingnya....
Best Blogger Tips

CAPTURE THE WORLD IN 3D



Yessss..sekarang dah ada aplikasi web yang boleh kita paparkan gambar yang kita ambil secara 3D. Microsoft Photosynth namanya. 


Kalau gambar panorama memang cantik. Boleh review kat SINI untuk keterangan yang lebih lanjut. Sebuah aplikasi mudah...dan yang pentingnya ia PERCUMA baiii!

Jadi, lepas ni bila pergi melancong ke mana2, jumpa scene atau pemandangan yang menarik, jangan lupa snap kamera tu sampai berasap. Follow je cara2 nak snap gambar tu melalui video di web tuh. Memang berbaloi2 dan jadikan percutian anda satu kenangan indah sepanjang zaman. Memang rugi besor sapa tak gunakan aplikasi ini...huhuhu

Apalagi..pergiler review web tu dan mula ler gunakannya..sila2.. :)
Best Blogger Tips

Wednesday, May 25, 2011

NASI ARAB DAMSYIK @ SEREMBAN



Huhuhu...hari tu, sepupu aku ngajak aku makan nasi arab kat Nasi Arab Damsyik. Kedai tu sebenarnya sejengkal jek daripada rumah aku. Tapi dek kerana selalu bila lalu kat depan restoran tu, nampak ramai benor orang...tu yang buat aku malas nak singgah. Tempohari memang rezeki ler. Ada lak orang yang ngajak...makan preeee! yehaaaaaaaa!

Ok..restoran ni memang menyediakan nasi dan minuman arab. Jangan mimpi nak carik nescafe kat sini. Menu2 dan harganya adalah seperti kat bawah nih...jadik senang ler korang nak buat budget gi makan. Jangan main rodah yo. Kang tak pasal kono cuci pinggan...hehe



Hmmm...aku pun order ler wahid set - kambing dengan air maggo. Bau nasik beriani arab nih dah mula menyengat-nyengat kat hidung. Tah cemana laa ghupernye. Dulu selalu gak adik aku bawak aku makan kat Hadramawt kat Ampang. So far yang kat KL tuh memang sedap. Takpe...hari ni kita try kat sini...Dan akhirnya penantian aku berakhir...tibaler nasik beriani tu....


Ammaaaaa...memang masyuk!!!Dia punya aroma pun best. Tak lengah lagi...capai sudu...bismillah! Memang sodap baiiiiiiiii!. Lain kali boleh ler aku tapau untuk family pulak. Untuk korang yang nak datang sini, tempat ni mudah je. Ia terletak di pinggir jalan Paroi-Senawang. Meh ler datang sini...memang puas hati. 



Waktu perniagaan adalah seperti yang tertera kat atas tu. Selasa tutup yo! Tongah2 sodap makan, hari pulak hujan. Memang lebat ya amat. Makan dan disulami hujan bersama ribut petir...akhirnya habih nasik sepinggan...kekekeke


Semoga perniagaan restoran ini bertambah maju dan taukenya bertambah meleret senyumannya....best!

Tel: 014-2657313 / 012-9335495
Kedudukan : Coordinates: 2°43'0"N   101°58'47"E
Map

Best Blogger Tips

Sunday, May 22, 2011

THE GOOD UPLOADER FOR FLICKR



Ni ada satu software untuk pengguna2 atau ahli2 Flickr. Software ni digunakan untuk memudahkan upload dan meletakkan info2 yang berkaitan pada gambor yang kita upload. Memang memudahkan. Interface dia pun menarik. Nak cuba?...KLIK SINI..

Ciri-cirinya yang menarik:


  • Cross platform : Runs on Windows, Mac, or Linux.
  • Fast and stable : Faster image loading with more application stability.
  • A good memory : If the application quits or you quit the application in midwork all information will be autosaved and repopulated the next time you open. In short, it remembers and saves all your valuable photo information.
  • Geotagging and Maps : Complete Google Maps integration enabling pre upload drag and drop geotagging.
  • Spell Check : That's right, no more misspellings in your descriptions.
  • Html Editor - Bold, underline, strike through, italics and link any text in your descriptions with a gui wysiwyg.
  • Auto completion : You start typing, the uploadr auto suggests completions.
  • Photo editing : Ever realized a photo you added to a batch requires editing only to have to go searching for the file in your folders? Now you can right click a thumbnail and launch the file in your default editor.
  • Twitter : Automatically tweets a link to your photos after they upload.
  • Large : View your photos large.
  • Rotate : Rotate your photos.
  • People : Ability to add and identify people in a photo.
  • Photos + Videos : Ability to upload photos and videos.
  • Default signatures : Always find yourself adding in the same old text into descriptions? Now it will be automated with default signatures.
  • Thumbnail scaling : Use a slider to increase or decrease the size of the thumbnails to your desired workspace preference.
  • Thumbnail arrangement : Drag and drop to change the order of upload sequence.
  • Auto-send to groups : Pre select groups you want certain photos to go to and we'll do the rest.
  • Photo data copying : Ever wish you could copy all tags from one photo to another easily? Now you can. Copy tags, groups, sets and more from any photo to another.
  • Exif data : Want to add exif data to the description? We'll automate that.
  • Multiple accounts : Want to send the same batch to multiple accounts? Done.
  • Workflow : Many keyboard shortcuts to facilitate quick batch tagging and uploading.

Best!!!
Best Blogger Tips

FELINE AIDS

Tomei

Kucing ada AIDS?????. Benar memang ada masalah sindrom kurang daya tahan penyakit pada kucing. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus - Feline Immunodeficiency Virus. Dan biasanya ia dirujuk  sebagai 'FIV'.

Ia boleh menyebabkan lemahnya sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Tanda-tanda klinikal yang sering kelihatan adalah sistem imun yang lemah, anemia, rendah bilangan sel darah, jangkitan pada gusi dan mulut, kanser dan masalah saraf.

FIV adalah sejenis virus retrovirus yang hampir serupa dengan virus AIDS pada manusia. Tapi, ia tak menjangkiti manusia. Sebaliknya ia hanya melibatkan kucing sahaja. Ia boleh merebak daripada seekor kucing kepada kucing yang lain melalui pergaduhan atau gigitan. Ia juga boleh menjangkiti anak2 kucing yang baru lahir melalui susu ibu yang menghidap penyakit ini.

Kucing2 yang dilepas bebas keluar dan 'bersosial' adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini. 

Selalunya penyakit ini menpunyai 3 fasa jangkitan :

1. Fasa pertama

Fasa akut yang melibatkan banyak simptom atau tanda klinikal. Contohnya jangkitan pelbagai jenis penyakit, demam dan juga pembesaran nodus limfa.

2. Fasa kedua

Fasa subklinikal yang boleh berlaku selama beberapa bulan atau boleh makan bertahun. Pada fasa ini, kebanyakkan kucing nampak macam sihat atau memang kelihatan sihat. 

3. Fasa ketiga

Fasa jangkitan kronik. Dikenali juga sebagai fasa terminal atau fasa akhir. Biasanya kucing menunjukkan reaksi tiada respon terhadap ubat-ubatan, sistem daya tahan penyakit mula menjadi lemah dan mula muncul pelbagai jenis penyakit.

Biasanya 1 hingga 14% kucing dalam populasi memang menghidapi penyakit ini. Penyakit ini juga biasa wujud dengan 'kawannya' - Feline Leukemia (FeLV)

Apa yang selalunya vet lakukan bila berhadapan dengan masalah ini? 

Biasanya ujian diagnostic akan dilakukan untuk kenal pasti penyakit ini .

1. Sejarah perubatan yang lengkap akan cuba diperolehi, dan juga pemeriksaan fizikal akan dilakukan.
2. Ujian ELISA perlu dibuat untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap penyakit ini.  Biasanya antibodi bagi penyakit ini akan dikesan melalui darah atau saliva.

Keputusan ujian bagi anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah adalah tidak dipakai kerana dalam badan anak kucing ini mungkin masih ada sisa2 antibodi maternal. Maksudnya, kemungkinan ibu kucing menghidapi penyakit ini. Antibodi terkandung dalam susu.  Dan bila ujian dilakukan ke atas anak2 kucing bawah umur 6 bulan ini, akan kelihatan tanda2 positif wujudnya antibodi terhadap penyakit FIV. Selalunya antibodi maternal akan lesap atau hilang daripada badan anak2 kucing ini bila ia berumur lebih daripada 6 bulan.

Ujian ini juga akan memberi reaksi positif kepada kucing yang telah divaksin dengan vaksin FIV...kerana adanya antibodi FIV dalam darahnya. Jadi, ujian akan dilakukan pada kucing yang tidak pernah divaksin dengan vaksin FIV dan ujian perlu dilakukan sebelum suntikan pertama vaksin FIV.

Ujian kedua perlu dilakukan ke atas sampel2 yang positif untuk mendapat konformasi. Ujian berikutnya adalah ujian 'Western bloat' atau 'polymerase chain reaction' (PCR).

Ada ke rawatan untuk penyakit ini?. 

Setakat hari ini, tiada rawatan yang betul2 dapat dibuktikan boleh menyembuhkan penyakit ini. Rawatan yang biasa diberikan adalah rawatan sokongan atau pun rawatan2 biasa yang dirasakan perlu.

Apa yang perlu dibuat dirumah sekiranya anda mempunyai kucing yang menghidap FIV?

1. Berikan kepadanya ubat-ubatan yang telah diberi oleh doktor veterinar anda. Seelok2nya, kucing tersebut di bawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan secara tetap. Berikan penjagaan dan makanan yang baik kepada kucing2 ini.

2. Seelok-eloknya asing kucing yang menghidap penyakit ini dengan kucing yang sihat. Walaupun penyakit ini jarang menjangkiti kucing lain melalui sentuhan biasa, namun risikonya tetap ada. Elakkan kucing yang positif ini keluar rumah. Ini dapat merendahkan kadar jangkitan kepada kucing2 diluar sana.

Bagaimana nak elakkan kucing korang daripada kena penyakit ni?

1. Jangan biar kucing anda lepas bebas untuk bersosial atau merempit sesuka hati. 

2. Buat ujian kepada kucing2 yang baru korang dapat. Pergi ke klinik dan jumpa vet untuk dapatkan khidmat nasihat.

3. Vaksin kucing anda.

4. Mandulkan aje kucing jantan anda. Ini akan mengelakkan dia mencari pasal diluar yang akhirnya akan diakhiri dengan pergaduhan - 'lu langsi lu mati!!!'...hehehehe

Hah...itu je....semoga anda dan kucing anda hidup bahagia :)

Best Blogger Tips

PENANTIAN YANG BELUM BERAKHIR



Hahahah..tajuk lain macam jek. Menanti apa?..menanti barang beli kat Ebay ler baii...harap2 minggu depan ni sampai ler. Gadget2 ni perlu untuk aku gunakan kat macro-rig setup aku tuh. Harap2 hasilnya berbaloi.

Nak beli barang kat market tempatan tak terdaya harganya. Mahal kentang!!!!. Jadi, kita gunakan pilihan yang lain. Belasah je beli kat Ebay. Nanti kalau barang dah sampai aku kasitau....

Barang2 yang ditunggu adalah :


1. 

Kenko 1.4x Teleplus MC4 DGX Teleconverter 1.4 for Nikon














Best Blogger Tips

Thursday, May 19, 2011

MY NEW MACRO-RIG SETUP



Miahahahaah...aku baru setup new macro-rig. Harap2 ok ler. Dah diuji dalam bilik (subjek pegun dalam gambar atas tuh)...ok so far. Nanti nak uji pulak pada subjek yang hidup. Benda ni kena test kat luar jugak....baru kita tau cemana kesan cahayanya.

Untuk subjek macro/micro, kita akan berusaha untuk hilangkan bayang yang wujud. Atau jadikan bayang itu 'smooth'. Dalam pada masa yang sama, kita elakkan kawasan2 'burn-out' atau over exposed. Takut nanti detailnya hilang.

Anyway, bawah nih adalah gambor macro-rig aku buat sementara nih. Dulu2 aku pakai pinggan polisterin jek...hehehehe. Ada member dah review setup baru aku nih...dia komen - macam nak gi berperang!!!! ...hahahaha





Let's ROCK bebeh!!!! :P Best Blogger Tips

SIMULATOR LATIHAN MENGGUNAKAN KAMERA SLR


Maklumat tentang web ni aku perolehi daripada sorang member di satu forum fotografi. Rupanya kat web nih ada simulator latihan menggunakan kamera SLR. Memang best beb. Boleh buat macam2 eksperimen. Tapi boleh kontrol yang asas2 je la. Ini amat berguna untuk mereka yang baru2 berjinak dalam bidang fotografi. Dan tak lupa juga untuk mereka yang baru nak 'berhijrah' daripada menggunakan AUTO mode ke MANUAL mode. 

Manual mode la beb. Sekarang nih dah semakin senang guna manual mode sebab dah ada meter reader kat DSLR.  Apa barang pakai AUTO mode...kekekekekekeke
Best Blogger Tips

KEDAI KAMERA ONLINE DI MALAYSIA



Selalunya sebelum aku beli barang untuk kamera atau aksesori, aku kaji dulu harga barang tu kat online. Ada beberapa web untuk shopping kamera dan aksesorinya secara online di Malaysia. Aku senaraikan ler mana yang sempat aku jumpa. Kalau kemudian ada terjumpa lagi...aku akan tambah kat posting nih. 

Jadi, sebelum shopping, kaji dulu harga di beberapa web di bawah ni ye...

1. Shashinki.com



2. Camera2u.com


3. My Photo Accessory



4. Kedai Kamera Digital



5. YL Camera Services Sdn. Bhd.



6. Fotokem



7. Leos Com Trading Sdn. Bhd.



8. Le'foose



9. Yamiya



10. Foto-zzoom



11. Walaoyeah.com



Selamat shopping!!! :) Best Blogger Tips

Tuesday, May 17, 2011

MURTABAK SINGAPORE @ MUAR, JOHOR



Hari tu aku pergi re-union sekolah lama aku kat MRSM Muar. Perjalanan balik singgah kat sebuah restoran yang memang dah bertahun2 menjual murtabak singapura. Sedap ke?...memang sedap. Sambil duduk menunggu murtabak dibungkus untuk bekal orang di rumah, aku belasah sekeping kat situ. Perghhhhhhhh!..sodap baiiii!

Kalau pergi ke Muar jangan lupa singgah kat kedai nih. Senang jek tempatnya, kalau daripada arah Melaka, jumpa sekolah SMS Muar...pastu ada stesen minyak Shell. Lepas tu ada deretan kedai...kat situ ler letaknya restoran tuh. Kalau korang jumpa Petronas...kira dah terlajak ler tu.



Waktu operasi 10 pagi sampai 12 tengah malam. Singgah ler ke sini untuk menikmati murtabak singapore di Muar!!


Licinnnnnnnnnnnn!!!!!! :D
Kedudukan restoran tuh (lebih kurang...) :

2°3'34.3289''N 102°33'33.1088''E

2.0595358N 102.5591969E


Best Blogger Tips

Thursday, May 12, 2011

NIKON D7000 : THE TUTORIAL ABOUT THIS CAMERA BUTTON FUNCTION AND SETTING



Ahah! Masa memula beli kamera ni dulu, bercelaru gak aku nak setting. Aku main hentam jek. Last2...aku carik kat Youtube. Yess! Ada pulak Mat Saleh rambut afro ni bagi tutorial. Memang best arrr. Tak payah tengok manual. Aku follow jek setting tuh. So far so good. Cuma ada sikit2 aku tweak untuk kesesuaian aku sendiri. Boleh kata 90% memang aku follow jek setting mamat tuh. Marbeles...5 star for you Jared! 



Best Blogger Tips

Wednesday, May 11, 2011

BUKU : REPRODUKSI DAN PERMANIAN BERADAS TERNAKAN

RM 25 hingget sahaja!

Buku terbitan Penerbit UPM yang amat bagus untuk dibaca. Buku ini ditulis oleh Professor Dr. Abdul Wahid Haron dan Prof. Madya Dr. Rosnina Hj. Yusoff. Boleh dapatkan sekarang dengan menghubungi :

Ketua Penerbit
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor
Tel: 03-8946 8855
Emel: kamariahms@putra.upm.edu.my

Puan Herzadawati Mohd. Amjah
Pegawai Penerbitan (Pemasaran)
Tel: 03-89468851/017-2711768
Emel: herzadawati@putra.upm.edu.my



Kudos to my beloved lecturers! Best Blogger Tips

Tuesday, May 3, 2011

NISAB DAN KADAR ZAKAT HARTA UNTUK NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 1432H (2011)

Berikut adalah nisab dan kadar zakat harta bagi Negeri Sembilan bagi tahun 1432H (2011)

Best Blogger Tips

PREVIEW EXTRACTOR - EVERY NIKONIAN MUST HAVE THIS SOFTWARE



Preview Extractor ni adalah software paling simple dan bagus untuk pengguna2 kamera Nikon ( jangan marah penyokong 'meriam'..kekeke). Ni aku cedok statement laman berkenaan :

"What it Does
  • Extracts the largest JPGs embedded in RAW files. D70(s) and D2X NEF files have full size, basic quality JPGs.
  • Works really fast.
  • Automatically detects orientation (if found in raw files) and rotates output images.
  • Supports command line execution!
  • Shows the number of shots you have taken so far!

What it Does Not

  • Preview Extractor does not remove hidden JPGs from source NEFs and it does not alter the source.
  • Preview Extractor does not perform RAW decoding and processing to generate preview images. It simply makes verbatim copies of the hidden JPGs in NEFs.
  • Does not copi EXIF information to the generated JPGs. New version will have an option for embedding EXIF.

What You Can Do

If your camera embeds large size preview JPG in RAW file,
  • You can stop shooting in "RAW+JPG" mode. Just shoot in RAW. You will probably store about 15% more pictures in the same CF card.
  • You can stop doing batch conversion using Nikon Capture. No need to wait for million years only to get preview images. Preview Extractor can extract preview images from 200+ NEFs in seconds!
  • You can stop reviewing your pictures in Nikon View. Nikon View requires too much time when opening a DEE-ed NEF file. Use Preview Extractor to extract JPGs and browse them with your favorite image viewer!
  • Put this little program in your CF card and bring it with you anywhere. You will be able to review your pictures even on computers where Nikon software is not installed.

Want to know the Mileage of Your D50, D70(s), D2H(s), D2X, D200?


Preview Extractor has an extra feature to extract the shutter count embedded in the picture. Run it on JPG or NEF files that came out of D50, D70(s), D2H(s), D2X or D200. In preview extractor, clicing on "Shutter Count" opens a new, small window. Use the "Load Image" button, or drag and drop any image onto the window. It will tell you how many times the shutter of your camera have operated, since it was manufactured. The internal counter increases every time you take picture, acquire white balance, acquire dust ref. photo or shoot with no CF card.



There is a strange number in ASCII format in the header of Nikon DSLR images. It appears to be unique for every camera. Someone told me that it is the CCD serial number. It's up to you whether you believe it or not. Anyway, this program also shows it to you.
Please do not ask me for D100, D1H, D1X or D1 support. I do not even know whether the shutter count exists in the raw files from such cameras."


Nak baca lebih lanjut dan DOWNLOAD software tersebut, klik SINI.
Best Blogger Tips