Monday, February 28, 2011

HUKUM MANDULKAN KUCING



Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab’s and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of ‘maslahat’ is acceptable. It is in agreement with ‘qaedah’ (way) Fiqhiyyah which states “To choose the lesser of two evils”. - Felinemalaysia.com
Best Blogger Tips

KLINIK HAIWAN SENAWANG




Itu ler nama klinik aku...Klinik Haiwan Senawang. Butiran-butirannya adalah seperti di bawah...



Business Hours: 
10.00am - 6.00pm (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis)
10.00am - 12.00pm, 2.45pm - 6.00 pm (Jumaat)
AHAD CUTI


Pihak kami menawarkan :



1. Perkhidmatan Veterinar - rawatan, khidmat nasihat dan penjagaan kesihatan haiwan,merangkumi semua jenis haiwan domestik dan haiwan kesayangan.



2. Pet-sitting/Pet boarding - perkhidmatan menjaga haiwan kesayangan sewaktu anda bercuti.



3. Pet Grooming - Pekhidmatan memandikan dan 'groom' haiwan kesayangan. Buat masa ini hanya kucing sahaja.




4. Konsultasi rancangan perniagaan ternakan - memberi khidmat nasihat, membuat aliran tunai dan kertas kerja untuk perniagaan ternakan anda.


Meh datang ler.. :)

Best Blogger Tips

Sunday, February 27, 2011

HAIWAN KESAYANGAN ORANG KITA

Masyarakat kita tak bleh dipisahkan daripada haiwan kesayangan. Macam2 orang kita bela daripada kucing...hingga la ke hantu raya..errrkkkk! Sepanjang aku jadi Vet, aku rasa dah boleh la untuk senaraikan haiwan kesayangan apa yang amat menjadi kesukaan orang kita mengikut turutan...

1. Kucing
Paling banyak orang kita bela. Daripada sekor sampai berpuluh ekor. Klien aku ada sorang tuh bela sampai 100 hekor..huwargghh!. Selagi jumpa kucing selagi tu ler dia kutip. Semoga Tuhan murahkan rezeki dia..amin. 

2. Arnab
Ni satu lagi haiwan yang menjadi kesukaan orang kita. Ramai gak yang bela. Ada pelbagai baka. Daripada bulu pendek sampai ler ke spesis yang sapu lantai. 

3. Burung
Memang ramai orang kita suka bela burung. Macam2 burung diorang bela...tekukur, serindit, mena, tiung emas, merbuk, murai kampung....

4. Hamster
Budak2 atau remaja memang suka sangat ler bela haiwan nih. Sebab comei katanya. Yang aku tak tahan kekadang dia menggigit dowh...berdarah tangan dik oiii.

5. Guinea Pig
Ini pun ramai peminatnya. Ada macam-macam jenis, macam2 warna. 

6. Ayam 
Haaa..ini bukan ayam daging ya tuan2. Ini kategori ayam laga atau ayam katik. Ramai gak peminatnya nih. Hanya lelaki jek suka bela ayam ni..

7. Kura-kura
Korang pernah tengok kura-kura hijau yang kecik2 tu. Budak2 memamng suka bela kura-kura nih. 

8. Monyet
Ini pun ada. Asal2 selalunya diorang jumpa anak monyet nih tertinggal daripada kumpulannya atau ibunya. Kekadang tu ibu monyet ni mati kena tembak sebab jahat sangat..asik menyamun dapur orang. Ibu mati, anak monyet tu diorang bela macam anak sendiri.

9. Sugar glider
Haiwan nih berasal daripada Australia. Ada orang panggil tupai terbang. Ada ler sorang dua klien aku yang bela haiwan nih. 

10. Ular
Ini pun ada jugak orang kita bela. Tah ler...tak tau aku kenapa orang suka bela ular...huhuhuhuhu

11. Anjing dan Serigala
Hah!...ini dah mula orang kita bela. Kebanyakkannya untuk jaga keselamatan rumah. 

Itu ler haiwan kesayangan yang orang kita suka. Pada pendapat aku, orang kita memang sayangkan haiwan...muahh!
Best Blogger Tips

BAGAIMANA NAK BUAT 'FACEBOOK BLOG WIDGET'?



Facebook blog widget?..amenda tuh? Cuba korang perati kat sebelah kanan (agak bawah sikit) blog nih. Tu kan ada Facebook Widget. Yang ada gambo aku yang tak berapa nak ensem tuh...hehehe. Cemana nak buat menda tuh?

Sonang yo baiii...pergi kat PROFILE page kat Facebook. Scroll sampai bawah, nanti nampak 'Create a profile badge'. Korang klik je menda tuh. Wallahhh...siap dowh!
Best Blogger Tips

Thursday, February 24, 2011

SEBAB APA AKU BUAT BLOG?

Satu soalan penting sebenarnya kepada seseorang blogger. Kenapa aku buat blog? Best sangat ker jadik blogger? Cool ke beb? Heh...aku buat blog sebab banyak sangat masa lapang. Lagi satu senang aku tulis benda2 atau perkara2 yang penting yang boleh dijadikan rujukan atau panduan di masa akan datang. Kalau tulis note kat buku atau kat kertas, mungkin boleh misplace atau hilang. Bila tulis kat blog, that's it...sumer kekal online. Tu je sebab utama aku tulis blog nih..hehehe

At the same time, blogging ni sebagai terapi mental. Takde la asik nak memendam rasa macam kura2 tak dapat air. Kalau korang nak buat blog, buat je. Pedulik apa orang kata. Kalau orang tak nak baca, ko sendiri baca..apa ada hal. Lama-kelamaan nanti ada ler follower2 yang mengikuti perkembangan korang. Tak caya?...cuba dulu baiii!

Boleh buat duit ke dengan blogging nih. Yerp..memang boleh buat duit. Tu pun bergantung kepada trafik yang masuk. At the same time korang bleh la promote apa yang patut. Ada banyak agensi pengiklanan kat luar sana. Tanya je Pokcik Google...free je dia jawab kang. Affliate juga boleh menyumbangkan hasil. Pada aku pendapatan blogging ni sebagai sampingan jek. Banyak menda lain lagi yang lebih penting dan menjadi keutamaan. 

Ada banyak platform untuk blogging nih. Pilih je ler. Ada orang suka pakai Wordpress. Macam aku suka pakai Blogspot. Terpulang kepada diri memasing. Tepuk dada tanya selera. Toksah ikut2 orang. Pedulik setan dengan sumer tuh...hehehe

Kesimpulannya...aku blogging nih untuk penuhkan masa lapang aku je. That's it!
Best Blogger Tips

REGISTER DOMAIN BARU - www.hishammarmin.com



Yesss...hari nih aku register domain untuk blog nih. Asalnya domain untuk blog nih - hishammarmin.blogspot.com. Aku pikir2...panjang sangat la pulak. Nak jadikan ia lebih pendek dan senang nak ingat...aku register domain baru - hishammarmin.com. Di beli dengan harga USD 9.20.

Haaa...baru best. Pendek dan boleh jadik brand name. Selalunya aku beli domain kat Namecheap.com. Kat sini yang bestnya harga domain tak mahal dan dapat WHOIS guard percuma. Jadi bila orang nak skodeng sapa pemilik domain...tak dapat ler tau. Lagi satu DNS kat Namecheap nih free.

Beli domain kat Namecheap.com ni senang nak mampos! Korang daftar, search domain yang korang nak...then add to cart. Boleh bayar guna card credit atau paypal. Senang je kan..:)
Best Blogger Tips

Wednesday, February 23, 2011

KERJAYA AKU - DOKTOR VETERINAR



Entri ni kita citer pulak pasal kerjaya sepenuh masa yang aku lakukan. Aku sebenarnya seorang Doktor Veterinar...orang kampung panggil Doktor Haiwan. Kengkawan panggil doktor binatang...hampeh! Ini adalah satu kerjaya yang amat kurang orang Melayu berkecimpung. Mungkin sebab proses
pembelajaran yang panjang dan juga sukatan pelajaran 100% dalam bahasa Inggeris @ omputih.

SPM aku dulu takde ler hebat sangat. Masih pangkat 1. Cuma Matematik je cukup makan. Aku mohon masuk UPM (dulu Universiti Pertanian Malaysia @ Serdang). Dapat ler masuk bermula 1989 dengan mengambil jurusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP). Jangkamasa kursus adalah 3 setengah tahun. Masa tu baru kenal lembu, kerbau, kuda, ayam, itik dan babi. Bergelumang dengan jerih perih, akhirnya berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya...hehehehe.

Dah habis diploma, mohon pulak masuk degree. Dah tentu ler program Doktor Perubatan Veterinar (Doctor Veterinary Medicine @ DVM) menjadi pilihan. Aku ingat lagi masa tu aku letak DVM sebagai pilihan pertama dalam borang UPU dengan 4 pilihan lagi aku biar kosong. Nekad aku dah...kalau dapat bagus. Kalau tak dapat..ngango..kekekeke. Alhamdulillah dapat sambung DVM tahun 1994. Belajar punyo belajar...akhirnya berjaya tamatkan pengajian pada 1999 dengan gelaran Doktor Veterinar. It is enough aku kata...aku malas dah nak belajar lagi. Lets go out and find something interesting...yehaaaaaaaaaa



Lepas keluar aku ternak lembu tenusu. At one time sampai 150 ekor lembu aku. Kerja tak hengat...kalahkan bangla dowh. Raya takde...cuti takde. Sepanjang tahun kerja. Now aku dah closed that dairy farm sebab tanah gomen dah ambik. Sebelum aku tutup ladang, aku bukak sebuah klinik haiwan kat Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Aku memula sewa ler bangunan 2 tingkat ni untuk jadikan klinik haiwan. Aku bubuh nama Kinik Haiwan Senawang. Ada gak member tanya kenapa tak gunakan nama Klinik Veterinar? Aku cakap...mokcik2 dari kampung tu bukan tahu pun menatang 'Veterinar' tuh. Untuk kebaikan dan kemudahan semua aku bubuh ler Klinik Haiwan. Kan senang..sumer orang faham.

Sehingga kini, ini ler kerjaya sepenuh masa aku. Berkhidmat kepada masyarakat di Klinik aku nih ...heheheh. Dengan hasil daripada berniaga, aku dapat beli bangunan klinik nih dan juga sebuah rumah 2 tingkat (corner lot) berhampiran. Alhamdulillah rezeki murah...rezeki anak2 dan juga doa ibubapa.

Pada pendapat aku, objektif sebagai seorang doktor veterinar macam aku nih senang jek - to make people happy. Sentiasa berikan perkhidmatan dan service yang terbaik kepada customer. Orang meniaga mulut mau manis be...takleh kasar2 ngan pelanggan...nanti diorang kecik ati. Next projek, aku nak renovate balik klinik aku nih. Nak gunakan 100% tingkat bawah dan atas. Kasi lapang sikit tingkat bawah untuk letakkan gondola2 untuk jual aksessori dan juga untuk keselesaan pengunjung. Tingkat atas aku gunakan untuk dijadikan wad.

Ada yang tanya, berapa pendapatan?...hehehehe...maleh arr cakap. Tapi kalau setakat gaji PM tu aku bley bayar dowh...hahahahah. Alhamdullilah..terima kasih ya Allah. :)

Best Blogger Tips

Tuesday, February 22, 2011

FOREX???



Entri blog kali ini tentang forex...yerp forex! Hobi aku sejak 2006. Kenapa aku suka sangat...tak tau ler. Sehari tak tengok MT4, mau sengal kepala. Forex online...aku start bergelumang masa tahun 2006. Masa tuh memula trade kat Marketiva. Ramai gak la member2 jumpa kat situ.

Antara yang aku ingat thegreathafiz, anuarinvestor, hamsani, lanbotak (arwah dah...), ctaida, analeasayang...ramai lagi arrr. Bertitik tolak daripada situ, aku mula menimba ilmu dan pengalaman to become a great trader..hohohoh!

Sampai sekarang aku masih trade lagi. Cuma depo je dah lama tak buat (asik wdraw jek!)..:P. Ada orang tanya aku...senang ke trade? Boleh untung ke? Boleh kaya ke? Jawapan aku senang je...cuba dulu baru tau. Kalau ikut statistik mat saleh...95% melingkup dan hanya 5% sahaja yang berjaya. Kekadang termenung gak aku samada aku dapat ke idak masuk dalam golongan 5% tuh...:)


Lepas Marketiva...berhijrah ke Liteforex. Kat sini paling banyak aku habis duit dan sumer pengalaman trade di situ memang amat 'mahal' harganya. Masa tuh aku trade hampir 40 akaun pada satu masa...dengan 6 VPS on selama 24 jam sehari. Sumer trade pakai robot...robot yang sengal!!!..kekekekeke. Tah macam mana bukan rezeki...sumer tu melingkup di satu pagi yang hening. Arghhhhh....masa tu ler rasa berpeluh. Tangan menggeletar standby kat mouse. Tapi dah takde rezeki...terima je ler seadanya.


Start 2008 rasanya...sampai la sekarang aku setia dengan Instaforex. Broker ni best. Ada macam2 bonus dan macam2 tournament. Lepas tu akaun trading yang ditawarkan pun mudah..all in one. Takde makro or mikro. Instaforex masa tu baru bertapak kat Malaysia. Sehinggalah hari nih...terus 'membelasah' Instaforex..hohohohoho!

Itu ler serba sedikit perjalanan hidup aku bergelumang dengan forex. Dah macam2 teknik, macam2 cara trading di cuba. Chart daripada terang jadik semak...dan akhirnya jadik terang balik. Pengalaman rupanya semua tuh dan menjadikan kita matang dalam trading. Forex bukan main2...kalau dah tercelup sebelah kaki, memang at last gerenti tenggelelam sampai ke hidung. Dah tak boleh tinggal dah. Ketagihan ni pulak kekadang boleh jadik melampau bangat. Ada jugak ler kengkawan yang sakit jantung...tak kurang juga yang angkat bendera putih berpatang arang berkerat rotan. Aku...masih setia memorex! Lantak laa nak jadi apa pun...sebab...aku dah suka. Orang nak kata apa..ada aku kesah???
Best Blogger Tips

MUQADDIMAH




Assalamualaikum.

Walaweii... lama dah aku ada blog nih, tapi haram tak update pun. Hari ni tergerak lak nak update and tulis apa-apa yang patut. Korang nak baca...baca ler. Yang elok amik buat pedoman. Yang tak elok tuh lupakan...

Elok ke buat blog nih? Sebenarnya aku buat blog untuk senang aku nak rujuk menda2 tertentu yang aku rasa penting dalam kehidupan. All the informations aku bubuh jek kat blog nih...senang untuk rujukan anak cucu ek...hahahaha!

Anyway, kepada yang baru jengah tu..selamat datang. Untuk kengkawan, thank you support blog aku.

Aku punya blog...aku punya suka! :P
Best Blogger Tips