Monday, June 27, 2011

HAAAAAAAAAAAAAAA....SEMPUTTTTTTT!


Emmm...meh kita amati carta atas tu. Cuba kita renung...berapa ramai agaknya orang di Malaysia ni hidup dalam kesusahan. Berapa ramai daripada rakyat negara ini hidup berhempas pulas? Kesian...

Tapi apakan daya kita untuk membantu mereka. Harta tak sebanyak mana (semua hutang baiii...), kuasa jauh sekali. Bukan nak salahkan sesiapa...tetapi memang hidup untuk diharungi menjadi semakin perit dan penuh berliku. Inilah kenyataannya. Zaman ini zaman duit. Kesian...

Miskin bandar tak sama macam miskin kampung. Miskin bandar memang miskin gilo. Miskin kampung??? Masih gak dapat mencari2 pucuk2 kayu untuk dibuat ulam. Masih dapat juga ke sungai mengail ikan barang seekor dua untuk dijadikan lauk. Masih dapat juga bercucuk tanam disekeliling rumah. Miskin bandar?? Kesian...

Usaha??? Usaha gila babas bro... Semua orang usaha. Kerja kuat. Gaji ciput...arghhhhhh. Harga barang melambung tinggi. RM100 hingget celah gigi je. Bak kata Maharaja Lawak Sepah ...."haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...semputttttt!"

Semoga Tuhan berkati rezeki kita dan lindungi kita daripada kefakiran. Bersyukur aku atas segalanya.....amin ya rabbal alamin!

p/s: Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit!...aduyaiii!




Best Blogger Tips

Sunday, June 26, 2011

TIPS | BERI ANAK KUCING MINUM SUSU




blue eye kitten


Ahah...ni kita cerita sikit bab beri anak kucing atau kucing kita minum susu. Susu lembu atau susu isian pekat manis (bukan susu pun sebenarnya ni...minyak sawit yo..) tak sesuai untuk kucing. Jadi jangan la beri pada anak kucing. Kelak jadi cirit birit pulak.

Anak kucing yang telah dicerai susu (umur 8-12 minggu), dah tak perlukan susu dalam diet seharian. Segala keperluan badan akan dipenuhi oleh makanan yang dimakan. Jadi tak payah la kita sibuk2 nak bagi susu kat anak kucing kita tu. Dah tak perlu yo baii....Ado pulak sampai bertahun2 beri susu kat kucing. Tak dinafikan ada kucing yang boleh tolerate dengan kandungan laktos dalam susu. Tapi...kebanyakkan kucing bermasalah dengan laktos tersebut. Better tak payah le bagi susu ye...

Bagi kes2 tertentu, di mana anak kucing tu berumur bawah 8 minggu dan belum makan apa-apa lagi, sekiranya ibunya tiada atau dia punya adik beradik yang terlampau ramai ( 5-7 ekor), elok ler diberikan susu gantian. Ini dapat mengelakkan anak2 kucing tu daripada kebulur tak cukup susu. Nanti keding2 badan dia. Senang pulak dapat penyakit

Susu gantian (khas untuk kucing/anjing) ni biasa datang dalam bentuk tepung. Ada juga dalam bentuk cecair ( mahal wooo...). Boleh diberi kepada anak kucing menggunakan hujung sapu tangan (anak kucing baru lahir), picagari atau botol berputing (puting takdo jual. Kalau rabak kono boli dengan botol sekali...hehehe). Campuran air dan susu kena betul. Jangan main belasah je. Gunakan sukatan 1:6 hingga 1:8 ( 1 bahagian susu : 6 atau 8 bahagian air). Bancuh agak2 je. Jangan banyak sangat. Nanti tak habis. Sekali pakai...pastu buang lebihan susu yang tak habis tadi. Jangan simpan2.

Bancuh susu tepung tu guna air suam. Jangan guna air panas mendidih sebab ia akan merosakkan protein2 dalam susu dan juga menyebabkan susu jadi berketul2. Beri anak kucing minum kuantiti yang sedikit dan beransur2 dengan kerap. Beri ler 3-6 kali sehari. Banyak mana nak beri...biasanya 8-15% daripada berat badannya. 

Dalam pada masa yang sama, sekiranya anak kucing tu dah berumur 4 minggu dan ke atas, cuba didik dia untuk makan makanan basah (ikan dalam tin ke...). Lagi cepat dia mengambil makanan biasa, lagi cepat jugakler kita boleh hentikan penyusuan tadi. 

Itu la serba sedikit tips memberi anak kucing anda minum susu. Semoga anda dan anak kucing anda hidup bahagia...hehehe


Best Blogger Tips

Wednesday, June 22, 2011

MENGUJILARI MACROSHOT | NIKON D7000, KENKO 1.4X TELECONVERTER, TAMRON 60MM F/2

Pheww...sengal pinggang aku. Berpeluh satu badan sebab shooting macro 2 hari berturut2. Tu pun belasah sesi petang yo bai....Kalau melantak daripada pagi sampai potang gerenti lumpuh! Saja aku mengetest Nikon D7000, Kenko 1.4X teleconverter dan lensa Tamron 60mm f/2. Kombinasi macam dipakai pada Nikon D5000 sebelum nih. Aku malas nak pakai tripod...leceh nak bawak dalam somak tu.

Apa diffuser aku pakai?? Alahai malu la nak cakap. Diffuser bikin sendiri je. Very lightweight dan murah. Nanti aku citer pasal diffuser tu pada entry yang akan datang (supaya korang kerap sikit jengah2 ke sini...hohohohoh). Kalau harapkan body flash atau flash biasa...memang banyak 'burnout' atau overexposed. Gambar pulak sudah tentunya terhasil bayang yang agak 'harsh'. Nak kasi soft...kena la pakai custom made diffuser.

Hasilnya??? Marbeles! So far so good. Cuma aku belum puas hati sangat daripada segi pencahayaan. Setting macro yang aku pakai...manual la baii. Apa barang pakai auto...heheheh. Settingnya - f/11, ISO 100, Shutter 1/200. Memang puas hati. Tak caya cuba arrr...dan ini ler hasilnya....

Aku yang pemalu Semut DSC_5391 Spider DSC_5416 Kumbang Belalang kecik! DSC_5231 'Helicopter' Penyengat

Gambar2 lain ada di - http://www.flickr.com/photos/hishammarmin/ Best Blogger Tips

Sunday, June 19, 2011

SPORTS EXCEL/MILO/NSC/ASUM JUNIOR SWIMMING CIRCUIT 2011 (2ND LEG) - PUSAT AKUATIK PAROI, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Hari ni aku bangun pagi sebab anak aku masuk swimming competittion. Bukan nak menang pun, cuma untuk direkodkan penyertaan dan masa official untuk dia. Yang ni pun kira macam untuk memperbaiki rangking kedudukan setiap perenang junior di Malaysia berdasarkan catatan masa kejohanan. Berlangsung selama 2 hari (18/6/2011-19/6/2011) di Pusat Aquatik Paroi, dan disertai oleh kelab2 renang seluruh Malaysia.

Sambil2 tunggu anak aku nak berenang, aku apalagi...ngambik gambor ler...hohohohoh. Snap tak hengat. Yang sayangnya, Pusat Aquatik Paroi tak bukak pun lampu sorot. Arghhhh...cahaya kureeng!! I hate it!!! Anyway misi diteruskan...start-up my Nikon D7000, kasi up ISO. Aku belasah sampai ISO 3200, shutter speed 1/400...ada masa 1/1000. Aperture tarik yang paling minima (bukaan besar) untuk dapatkan lebih banyak cahaya. 

Alhamdulillah anak aku berjaya menamatkan acara 50 meter kuak dada (aku pun belum tentu bley buat macam tu...kekekekek). Ini adalah sebahagian gambar2 di sekitar kejohanan ...

Renang 087

Renang 121

Renang 132

Renang 134

Renang 185

Renang 195_tonemapped

Renang 229

Renang 294

Renang 337

Ada banyak lagi gambor2 kejohanan di - http://www.flickr.com/photos/hishammarmin/sets/72157626996833810/with/5848352513/ Best Blogger Tips

Saturday, June 18, 2011

NIKON 50MM F/1.4D - MY NEW LENS IN MY BAG!

Hehehe...lens ni aku beli bulan lepas. Mula2 pakai lens nih, rasa macam tak percaya boleh ambik gambor dengan jelas dan tajam dengan bersinarkan hanya 1 cahaya daripada lampu kalimantang. ISO memang aku pakai ISO 100. Paling tinggi pun ISO 400. Itu memang dah cukup pantas untuk dapatkan shutter speed melebihi 1/50, dan membolehkan kita ambil gambar yang jelas dan tajam tanpa gunakan tripod apabila menggunakan lens ni.

Lens ini juga yang selalu terpacak kat Nikon D7000 aku. Memang bagus untuk ambil gambar potret. Ada jugak aku belasah ambil gambar permandangan...ok jugak. Bokeh atau blurring effect...cun habis!!! DOF (Depth of field) yang menggoda kebanyakkan photographer. Letak lens ni dalam 'whishlist' korang...nescaya korang tak menyesal la baiiii...

Harga????...hampir 3 kali ganda lebih tinggi daripada Nikon 50mm f/1.8. Memula memang aku nak beli yang f/1.8. Tapi bila pegang dan dah test-drive kedua-duanya, aku buat keputusan ambil yang f/1.4. Aku beli yang baru hari tu...lepas buat muka seposen dan 'mintak nyawa', mamat kedai tu bagi aku dengan harga RM1050. Rating aku untuk lens nih...5 star beb! Terbaekkk!

Maka dengan itu, ia telah mendapat tempat dalam beg kamera aku...hehehehe. Berikut adalah contoh2 gambar yang diambil menggunakan Nikon D7000 dan lens ini.


My patient Uik...jeling babah! Grrrrrr!! Explorasi ke Gunung Telapak Buruk - Berlapis-lapis wok! Bambee the Bengal Puncak Gunung Telapak Buruk - Ini Wilayah CELCOM! Cat and Panadol

Untuk bacaan dan review yang lebih bagus - http://www.kenrockwell.com/nikon/5014af.htm Best Blogger Tips

Thursday, June 16, 2011

LUNAR ECLIPSE | GERHANA BULAN 16 JUN 2011


Alhamdulillah, pada malam tadi saya berpeluang untuk merakamkan episod gerhana bulan yang jarang2 berlaku. Selalu dah ambik gambar bulan penuh atau bulan setengah je. Kali ni try pulak shoot untuk gerhana bulan. Gerhana bulan ini berlaku bermula jam 1.50am dan berakhir kira2 jam 4am. Saya hanya berkesempatan untuk mengambil sebahagian gambar gerhana tersebut.

Gambar dirakamkan menggunakan :

1. Nikon D7000
2. Lensa Sigma 150-500mm
3. Tripod

Cara gambar diambil : menggunakan Live View pada kamera dan snap menggunakan alat kawalan jauh

Exif :

ISO 100
Aperture f/8
Shutter speed : 1/250 dan 1/30 ( untuk cahaya bulan yang semakin berkurangan pada gambar akhir)

Pemprosesan :

1. Adobe Photoshop CS 5
2. Noiseware Professional
3. Topaz Detail 2

 p/s: yang syoknya....orang rumah monoman samo!

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 1.52am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 1.52am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.05am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.05am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.13am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.13am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.21am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.21am (GMT+8)
  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.39am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.39am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.45am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 2.45am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 3.03am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 3.03am (GMT+8)

  Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 3.15am (GMT+8) Lunar Eclipse | Gerhana bulan 16 Jun 2011 @ 3.15am (GMT+8)

Memang berbaloi baiii! :)


Best Blogger Tips

Tuesday, June 14, 2011

MACRO | TEST TAMRON 60MM F/2 DENGAN KENKO 1.4X TELECONVERTER


Semalam petang, aku ke PPIT Jabatan Veterinar Rahang. Ingat nak shoot gambar burung, burung pulak tah ke mana-mana. Jalan punya jalan...jumpa langau. Yes..ada chance aku nak mengetest lens Tamron 60mm f/2 dengan Kenko 1.4X teleconverter bagi tujuan macrofotografi. Aku guna second body...Nikon D5000, saja nak test sebab selalu aku shoot guna Nikon D7000. Sebenarnya aku hanya nak tengok kesesuaian kedua-dua gejet ni bila digabungkan. Ternyata ia amat sesuai digabungkan dan mantap!

Setting sama macam gambor kat atas tu...diffuser rahsia (sobab kelakar bonar ghoman eh...hahahahah). Ni kira setting simple je ni. Pakai body flash je. Kalau nak ikutkan, selalunya aku akan pakai bracket untuk hold flash tambahan dengan special DIY diffuser. Tak pakai tripod. Saja aku pegang ngan tangan...berpeluh2 beb. Terbongkok2...tertonggeng2 aku nak ngambik gambor lalat nih...

Dan hasilnya ....tadaaaaaaaa....

Tenung si langau Abang bulu..... Langau Apa pandang-pandang!

Yesss...memang best. Kalau digabungkan dengan tripod dan teknik pencahayaan yang lebih bagus...memang meletup. So far kombinasi ini boleh digunapakai. Nanti aku nak tambah satu lagi gejet...extension tube! Tungguuuuuuuuuuuu...... Best Blogger Tips

Monday, June 13, 2011

'RECTAL PROLAPSE' PADA KUCING


Pernah tengok macam kat gambar atas tu. Itu ler satu keadaan dinamakan rectal prolapse (uluran rektum). Biasa  berlaku pada anak kucing atau anak anjing yang berumur 6 bulan kebawah. Apa yang kita akan nampak...kita akan nampak seperti usus terkeluar di bahagian anus. Sebenarnya ia adalah sebahagian rektum yang telah terkeluar disebabkan aktiviti meneran yang melampau. Bewarna kemerah-merahan. Keluar macam stokin terbalik.

Biasanya kucing tak dapat berak dengan betul disebabkan keadaan ini. Memang merana baiii!!...Kesian dia. Penyebab berlakunya keadaan ini masih tidak dapat dipastikan. Tapi, kebanyakkan vet berpendapat ia disebabkan oleh masalah  kecacingan. Selalunya masalah bermula dengan berak cair dan anus mula membengkak. Akibat aktiviti meneran yang agak kerap atau kuat, sebahagian rektum akan terkeluar sebagai uluran.

Apa nak buat kalau keadaan ini berlaku?? Pertama sekali, lembabkan bahagian usus yang keluar tu dengan air. Jangan sampai kering. Cepat bawa ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Ada juga pernah berlaku di mana keadaan ini dibiar berlarutan...lalat pun datang dan bertelur. Maka jadi pulak luka berulat....arghhhhhh! Kalau dah macam nih...memang berat dah. Prognosis is poor brader!


Biasanya untuk kes macam ni, Vet lain mungkin akan buat jahitan sementara disekeliling anus. Bagi aku...aku akan ambil pendekatan surgery. Aku malas nak buat kerja berulang. Belah dan terus repair...that is it! Settle!!

Kebanyakkan kes rectal prolapse ni berjaya aku rawat. Hampir 90% masalah settle dan kucing tu baik seperti sediakala. 10% tu mati sebab...owner lambat sangat bawak ke klinik. Dah banyak komplikasi...maggot wouund laaa, gangrene laaa....dehydrated teruk pun ada.

Penjagaan selepas surgery...beri makanan lembut selama seminggu. After that should be okay beb. Untuk elakkan masalah daripada berlaku...pastikan kucing anda makan ubat cacing regularly. Kalau ada masalah berak cair, cepat2 bawa ke klinik untuk rawatan. Jangan dibiarkan...kesian kucing tu....


Best Blogger Tips

Sunday, June 12, 2011

Lens Tamron SP 60mm f/2 Di II Macro IF



Ni adalah salah satu jenis lens yang aku pakai. Ni ler satu-satunya lens makro yang aku ada. Memula dulu cuak gak nak beli lens tamron nih. Tapi lepas baca review dan pendapat mereka2 yang arif dalam bidang fotografi, aku pun ambil keputusan untuk beli lens nih. Berapa harganya?...RM1.6K jek...huhuhu. Aku tapau terus yang baru. 

Walaupun dilabel sebagai lens makro, lens ni serba boleh sebenarnya. Boleh ambik gambar close-up serangga, boleh ambil gambar potret dan juga panorama. Terpulang pada kita untuk mengolahnya. Aku suka guna lens ni sebab bokehnya memang mantap....walaupun tak sehebat Nikon 50mm f1.4D. Memang ke hulu ke hilir aku bawak lens ni. Memang mendapat tempat dalam beg kamera aku. Contoh gambar yang aku ambil menggunakan lens nih :

Berpesta Menjala bang... Ini Wilayah Gua! Ralit si Bentayan [Royal Belum] - Path to heaven

Ia adalah lens makro terpantas di dunia...perghhh! Memang pantas, memang sharp dan memang marbeles. Tak nyesal boli baiii!..Sekarang nih tengah nak cuba guna lens ni dengan extension tube plus Kenko 1.4X teleconverter. Mau tengok mata labah2...huhuhu. Masalah nak cari labah2 je nih...hehehehe

Spesifikasinya adalah seperti berikut : 

Focal length60mm
35mm equivalent focal length93mm
Diagonal angle of view27° 
Maximum apertureF2.0
Minimum apertureF22
Lens Construction14 elements/ 10 groups
Number of diaphragm blades
7
Minimum focus distance0.23m
Minimum Working Distance100mm (3.94in.)
Maximum magnification Ratio1:1
Image stabilizationNo
Filter thread55mm
Weight400g (14.1 oz)
Dimensions73mm diameter x 80mm length
(2.9 x 3.15 in)
Compatible MountsFor Canon, Nikon, Sony



Best Blogger Tips