TIPS | BERI ANAK KUCING MINUM SUSU




blue eye kitten


Ahah...ni kita cerita sikit bab beri anak kucing atau kucing kita minum susu. Susu lembu atau susu isian pekat manis (bukan susu pun sebenarnya ni...minyak sawit yo..) tak sesuai untuk kucing. Jadi jangan la beri pada anak kucing. Kelak jadi cirit birit pulak.

Anak kucing yang telah dicerai susu (umur 8-12 minggu), dah tak perlukan susu dalam diet seharian. Segala keperluan badan akan dipenuhi oleh makanan yang dimakan. Jadi tak payah la kita sibuk2 nak bagi susu kat anak kucing kita tu. Dah tak perlu yo baii....Ado pulak sampai bertahun2 beri susu kat kucing. Tak dinafikan ada kucing yang boleh tolerate dengan kandungan laktos dalam susu. Tapi...kebanyakkan kucing bermasalah dengan laktos tersebut. Better tak payah le bagi susu ye...

Bagi kes2 tertentu, di mana anak kucing tu berumur bawah 8 minggu dan belum makan apa-apa lagi, sekiranya ibunya tiada atau dia punya adik beradik yang terlampau ramai ( 5-7 ekor), elok ler diberikan susu gantian. Ini dapat mengelakkan anak2 kucing tu daripada kebulur tak cukup susu. Nanti keding2 badan dia. Senang pulak dapat penyakit

Susu gantian (khas untuk kucing/anjing) ni biasa datang dalam bentuk tepung. Ada juga dalam bentuk cecair ( mahal wooo...). Boleh diberi kepada anak kucing menggunakan hujung sapu tangan (anak kucing baru lahir), picagari atau botol berputing (puting takdo jual. Kalau rabak kono boli dengan botol sekali...hehehe). Campuran air dan susu kena betul. Jangan main belasah je. Gunakan sukatan 1:6 hingga 1:8 ( 1 bahagian susu : 6 atau 8 bahagian air). Bancuh agak2 je. Jangan banyak sangat. Nanti tak habis. Sekali pakai...pastu buang lebihan susu yang tak habis tadi. Jangan simpan2.

Bancuh susu tepung tu guna air suam. Jangan guna air panas mendidih sebab ia akan merosakkan protein2 dalam susu dan juga menyebabkan susu jadi berketul2. Beri anak kucing minum kuantiti yang sedikit dan beransur2 dengan kerap. Beri ler 3-6 kali sehari. Banyak mana nak beri...biasanya 8-15% daripada berat badannya. 

Dalam pada masa yang sama, sekiranya anak kucing tu dah berumur 4 minggu dan ke atas, cuba didik dia untuk makan makanan basah (ikan dalam tin ke...). Lagi cepat dia mengambil makanan biasa, lagi cepat jugakler kita boleh hentikan penyusuan tadi. 

Itu la serba sedikit tips memberi anak kucing anda minum susu. Semoga anda dan anak kucing anda hidup bahagia...hehehe


Comments

  1. susu tpung pun bleh tahan mahal jugak...huhuhu...tp nk buat mcm mne..kne bg jugak...klau tak, ringan je bdan dia...

    ReplyDelete
  2. nak cari kat mana ya susu dan botol susu yang sesuai untuk kucing tu.. kucing saya dah sehari tak minums sus kesian dia.. mak saya alih tempat nak kucing tu sebab malamtu hujan soo ibu kucing tu marahlah tambahan ibu kucing tu mmg jenis yg tak suka manusia tolong yaa jawab soalan tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, kt petshop or vet banyak jual.. susu tepung repack pon bole beli pling murah rm15, botol susu siap free 2 puting rm15.. g la ke petshop yg bdekatan :)

      Delete
  3. kucing jmpa kat pasar. .xda ibu dha. .dlm 2 week ++ umurnya. .skg dha sbuln 3 week ++ dlm jagaan. .but still nak mnyusu. .bg susu botol xnak .dha mcm cra bg. .still nak myusu kat blanket n bnda berbulu yg len. .risau bg mudarat kat dya. .lbh2 lgi myusu smbl kdgrn bunyi tym myusuu. .ttdo klu lps myusuu . kesian . . . .apa patut sya bwt tuk kes cmnii??but still gemuk bdn dya. .but..pliizz help me...

    ReplyDelete
  4. Info yang berguna.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. kalau untuk baby kucing kurang satu bulan dalam berapa ml yg harus i berikan dalam 1 hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalammualaikum✋..weyh aku risaula psl keadaan ank kucing aku..ibu kucing kesngn aku bru je lps brnak kejap tadi..pada 8\5\17 tpat jam 8.25 mlm tadi..haha excited sgt sbb dpt tengok cmne proses kelahiran kucing depan mata..(tanpa sengaja😊)..perasaan tu xdpt digambarkan..hnya tuhan jela yg tau cmne rasenyerr..tpi tu bkn persoalnnyer(padahal citrnyer pnjng lgi)..aku trsgtlah sush hti ibu kucing aku ketiadaan puting susu..hnya ade 2 shja..secara totalnyer ank kucing aku ade 3 ekor+1..aku buntu memikirkn nsib ank kucing tu..sian kott..dia kecik lagi..abk kucing memrlukn susu ibu selps dilahirkn untuk antibodi..ade x penyelesai bgi mslh aku..aku hrgai jasa baik kalian jika ad spe yg mempunyai cara penyelesaian trsebut..

      Delete
    2. Maknanya pagi2 pon kena bagi jugak lah

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Bagi susu kambing ok jg kan?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. sy prlukan bntuan.. sy ad seekor anak kucing hutan. jumpa kt kebun.. ibunya dh mati dimakan haiwan buas.. sy xsmpai hati nk biarkn.. tu sbb yg sy ambil jaga.. tpi tolong sy mcm mana sy nk bagi mkn apa semua.. umur baru dlm kiraan 6-7 mggu.. sy bagi susu kambing tpi susah dia nk mkn dia masih takut sbb xkenal manusia lagi.. dia punya garang xyh cakap la... tolong saya!!

    ReplyDelete
  10. Cuba try bg mknn basah (wet food). Air jgn lupa bg. Mula2 mmg garang sbb kucing liar kan. Lama2 insyaallah dia akan ok la tu.

    ReplyDelete
  11. Apa sukatan bancuhan susu tepung utk ank kucing baru lahir?

    ReplyDelete
  12. Terima kasih.info yang sangat2 berguna..baru jupa anak kucing kelmarin jatuh atas jalan raya,mungkin kucing ni berada dibawah bahagian enjin kereta.nasib baik kawan sempat ambik.mata tak terbuka lagi.kesian pula..

    ReplyDelete
  13. Wey.. Kalau emegency blh kan bg susu fernleaf dlu skit.. Aku dr semlm dgr anknkucing almost 2-3w dok meow2 kuat sgt pg ni tgk lahaiii xde ibu.. Ak nk ke pet jauh.. Tlg..... Blh x bg susu fernleaf dlu skit. Aku takot mati jap lg . Tu dok lapar tu aku mndikan bg comel2 dh mkn je blm😢

    ReplyDelete
  14. Aku anak kucing aku bg susu dutch lady full cream ... alhamdulillah sihat hidup sehingga hari nie .. tapi ank kucing tu rasa rasa nya dah lebih 4 minggu sbb diorng dah mula memanjat ... ank kucing tu org dtg letak depan pintu ibu nya ntah la ke mana ...

    ReplyDelete
  15. Aku tengok ayah aku bagi susu kucing dutch lady dekat anak kucing....aku dah larang tapi ayah aku cakap takpe

    ReplyDelete
  16. maaf bertanya.. kalau cirit birit.. susu harus pekat atau cair sedikit ya? umur 3 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cairkan sendikit. Tgok jugak. Susu tu dgn kucing rasi ke tidak. Tkut susu tu yg menyebabkan dia sakit perut. Kalau boleh hentikan. Bagi dia makan makanan basah

      Delete
  17. Anak kucing sy baru lahir hari ke 4 harini, ibu dia takde susu.. Jadi sy bagi susu dri petshop.. Masalah sekarang, bebi berak2.. Tahi tak cair tak keras.. Susu pekat sangat ke???

    ReplyDelete
  18. klau anak kucing tu bru umur 10 haru cmtu boleh bg susu tepung tak?

    ReplyDelete
  19. Anak kucing saya 3 minggu kehilangan ibu.. Makanan n susu apa sesuai ya..

    ReplyDelete
  20. Theresa Caputo vs. James Bond: A Review of Casino & Sportsbook
    Casino & Sportsbook by James Bond (Credit: BET, America's 논산 출장안마 #1 sportsbook). 광주광역 출장샵 All the latest and 충청남도 출장샵 greatest sports news, 상주 출장안마 tips, and analysis. 정읍 출장샵

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts