SIMPTOM ATAU TANDA YANG MENUNJUKKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA TIDAK SIHAT

Si Comot

Ramai orang kita suka bela haiwan kesayangan tetapi tidak mengetahui apa simptom yang ditunjukkan oleh haiwan itu apabila ia tidak sihat atau mengalami masalah kesihatan. Ada beberapa tanda2 atau simptom yang perlu diberi perhatian. Tindakan pantas kita mungkin akan dapat menyelamatkan haiwan itu daripada menderita dan seterusnya menemui ajal. Antara tanda2 atau simptom2 yang perlu diberi perhatian ialah :

1. Tidak makan atau hilang selera makan

Ini adalah simptom yang paling biasa ditunjukkan apabila haiwan kesayangan anda tidak sihat. Sekiranya kucing anda dah tak makan selama 24 jam, jangan bertangguh, bawa secepat mungkin ke klinik haiwan yang berhampiran untuk diberi rawatan. Janganler tunggu sampai kawan tu lembik dan tak bermaya baru nak dibawa ke klinik. 

Kebanyakkan penyakit yang dihidap oleh kucing akan menunjukkan tanda ini pada awal jangkitan. 

2. Kencing tak lawas/ berdarah

Ini satu lagi yang perlu diberi perhatian. Dalam kes batu karang pada kucing, perkara nih memang berlaku. Menonggeng2 kucing tu nak kencing. Meneran2...yang keluar hanya setitik atau 2 titik air kencing. Ada juga kucing yang asik2 kencing...asik2 kencing. Ini pun tak normal. Perhatikan warna urin atau air kencing tu. Selalunya warnanya akan bertukar kepada kemerahan (ada darah) atau lebih keruh daripada biasa. 

Sekiranya berlaku macam ni, cepat2 bawa haiwan kesayangan anda ke klinik. Kelewatan boleh menyebabkan kucing nih hilang nyawa baiii.....Sepanjang pengalaman aku ler, selalunya masalah nih terjadi kepada kucing jantan yang mempunyai berat badan lebih daripada 3 kg.

3. Hilang berat badan

Kalau boleh, tiap bulan bawa ler kucing tu ke klinik untuk dapatkan timbangan berat badan dia. Kalau malas ke klinik, timbang je kat rumah guna timbang jual getah pun takpe...kekekeke. Rekodkan berat badan kucing tuh. Hilang berat badan yang dimaksudkan di sini adalah kehilangan berat badan yang ketara. Kalau setakat hilang 10% berat badan tu kira biasa je tuh. Lebih2 lagi kalau kucing jantan diwaktu musim mengawan.

Kalau dah kurus kering, payah nak naik balik berat badan kucing tu. Jadi, tolong ler monitor berat badan kucing anda ye...

4. Masalah dengan pernafasan

Masalah yang utama, ada cecair atau hingus keluar melalui hidung. Bermula daripada cecair jernih, jika dibiar berlarutan akan menjadi kronik atau bertukar menjadi kekuningan. Kes selsema pada anak kucing adalah lebih kritikal sehingga boleh menyebabkan kematian.

Kesusahan bernafas, mencungap2, ternganga2 atau terjelir lidah untuk bernafas juga perlu diberi perhatian. Sekiranya pernafasan haiwan terganggu, perolehan oksigen oleh tisu badan juga akan terganggu dan akhirnya boleh membawa kematian.


5. Sakit kuning/ jaundis

Simptom ini pun selalu berlaku. Masalahnya owner selalunya kurang peka dengan perubahan warna kulit haiwan. Maklumler menda berbulu...heheheh. Selalunya episodnya bermula dengan demam yang melampau. Kucing biasanya tak makan beberapa hari. 

Cara nak tengok samada kucing kita ada sakit kuning ke tidak...senang jek. Cuba periksa kulit cuping telinga belah bawah, putih mata dan gusi kucing tu. Kalau nampak pertukaran warna menjadi kuning, memang sah ler kucing tu mengidap jaundis.

6. Keletihan, kelesuan atau lemah

Tanda2 ni juga penting. Sekiranya tanda2 ni berlarutan lebih sehari, kucing anda perlu dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.

7. Demam

Kucing ni berdarah panas. Kekadang kita tak perasan kucing ni demam atau suhu badannya meningkat. Kalau nak monitor sendiri kat rumah senang je. Beli jangkasuhu kat farmasi. Basahkan buli jangkasuhu dengan air. Tusukkan (errkk...macam ganas je..hehehe) jangkasuhu tu kat anus @ lubang bontot..hohohoh. Biar seminit...amik reading. Kucing yang normal sepatutnya mempunya suhu badan sekitar 38.6 degree celcius. Kalau suhu mencanak2 tinggi...domam la tuh. Copek bawak poie klinik bai...

8. Kejang atau sawan

Ni pun selalu gak berlaku. Kucing tetiba kejang atau sawan. Sampai berbuih2 mulut pun ada. Macam nak kayuh basikal pun ada...phew! Selalunya berlaku pada kucing yang mengalami demam yang melampau. Cepat2 bawa ke klinik!

9. Mata merah

Mata merah bukan sebab nangis der...Mata merah ni selalunya merujuk kepada keradangan pada kelopak mata. Cuba perhatikan bola matanya sekali. Sekiranya terdapat tanda2 ulser, ia perlukan rawatan. Agak biasa berlaku pada anak2 kucing. Sampai melekat2 tak boleh bukak mata. Kekadang ada nanah lagi...

10. Berak darah

Berak bercampur darah. Banyak atau sikit tak penting. Yang penting ada nampak darah. Kalau banyak...teruk ler tu.Pada anak kucing pun biasa gak berlaku...tapi darah tu sikit je.

11. Muntah darah

Bahaya nih. Cepat bawak ke klinik. Kes macam ni berlaku sekiranya ada ulser dalam perut atau haiwan tu mengalami masalah pada organ hati.

Itu adalah beberapa tanda2 atau simptom2 yang perlu kita alert. Sekiranya mana2 tanda tersebut appear kat haiwan kesayangan kita, cepat2 bawa ia pergi berjumpa doktor. Tindakan pantas anda boleh menyelamatkan nyawa haiwan kesayangan anda. Semoga anda hidup lebih bahagia dengan haiwan kesayangan anda....

@hishammarmin - Adesss...penat mencatuk...kekekeke




Comments

  1. klu kucing sy berak drh..bwk g dktor..bpe costnyer?

    ReplyDelete
  2. salam..doktor...kucing saya muntah darah dgn bnyk..saya x tahu ape yg perlu dilakukan... tiada klinik haiwan di kawasan tmpt tggl saya....apa yg saya perlu lakukan!!????

    ReplyDelete
  3. @john abuza

    Wsalam. Bahaya tu. Kena bawa gak ke klinik dengan segera. Lokasi klinik boleh cari di sini ---> http://www.msava.org/vets.php

    ReplyDelete
  4. salam..doktor saya nak tanye doktor..anak kucing saya xde selera makan.then,berat badan dye turun mendadak..gigi dye patah..tp dye x gadoh ngan kucing lain..pastu dye susah nk bernafas..tercungap cungap..adekah dye tertelan gigi dye o mcm mane ke..saya da bwk g clinic tp no response..please..saya x nak kehilangan anak kucing saya..tlg la doktor..

    ReplyDelete
  5. salam...sy nak tnye... saya rase kcing sy ni ada penyakit sawan... penyakit sawan ni ade ubat ke??
    saya ade terbace di satu laman nie...dye ckp kucing dye ade sawan...pastu dye pkaikan rantai magnet pd kucingnya..dye kat kucingnya smakin sembuh lpas pkai rantai magnet itu...

    apakah semua rantai magnet itu ubat penyakit sawan??kate kwn sy kemungkinan kucing yg ade sawan ni x hdup lame..btol ke??

    ReplyDelete
  6. salam, sy nk tny sy ada bwk balik kucing jalanan.. ada ibu dia tapi sy cuma bawa balik anaknya saja xblh nk bela yg bsr sbb di rumah ada babycat lain.. yg sy bwk balik ni usia dlm 2bulan.. masalahnye ank kucing ni hilang selera makan.. mse mula sy bwk balik die lalu makan.. skrg dh x.. smpi lemah badan.. nafas pun laju.. ank kucing ni xlalu mkn sbb sakit ke sbb lain?

    ReplyDelete
  7. Salam
    Saya nak mintak pandangan. Kucing yg saya baru adopt dapat mouth ulser, Tak mau mkn langsung. Dah bwk ke vet. vet bg vit. B complex, antibiotik. Saya beli AD dari vet dan puree kan dia, sbb nampaknye susah nak masuk syringe. Tapi dia ni masih tak mau mkn sndri. Susah hati. Ada cara lain saya bole buat? Saya kerja siang hari jadi tak ade org nak bg dia mkn. 2 hari ni, saya bgi dia mkn dlm kuantiti yg sikit setiap 2 jam. Tapi esok saya tak bole balik utk bg dia mkn setiap 2 jam sbb ada meeting. mcm mana ye saya nak buat utk bagi dia recover?

    ReplyDelete
  8. Doktor.. Kucing saye ada demam.. Baru umur 2 bulan.. Die td kena sawan.. Lepas die sawan tu die kencing.. Susah sangat je rupa dia kencing tu.. Air kencing dia pulak warna kuning sangat.. Dia aritu demam.. Pastu saye bagi dia antibiotik.. Malam tu terus dia jadi macam tu.. Macam mana tu doktor.. Tolong saya :(

    ReplyDelete
  9. kucing sya tiba tiba menggigil , berak tak tentu hala dan muntah lepas dia selongkar sampah dan makan satay semalam. adakah dia keracunan makanan ? ataupun sawan ?

    ReplyDelete
  10. kucing sye bru menjalani pembedahan,urinya pecah dn anknya 5 ekor mati dlm perot,peranakkan nya dh d buang,selepas pembedahan dia asyik kejang2 mcm sawan,apa tindakkan seterusnya y harus sye buat?

    ReplyDelete
  11. salam,sy nk tnye 2 soalan..blh ke sy nk mandulkn kucing betina yg sdng hamil,tp sy belum pasti sama ade dia hamil atau pn tidak..ade ape2 risiko x cz ade klinik yg blh buat pemandulan kucing yg sdng hamil?..ke 2,slpas kucing sedar dri bius,pemakanan perlu d'beri jenis wet atau pn dry?

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Kucing sy jeni semi-flat persian..dah 2 minggu perut dia buncit semacam je, n saaaangaaat kuat makan..sy rasa ada cacing, so sy bawak g vet, n bg ubt cacing..tp dh 2 mggu ni xda pn tanda2 cacing keluar or perut dia ok blk..tp- dia still kuat makan n sangat aktif..dalam minggu ni ada masalah lain pulak..dia asyik berak je..tp berak dia normal..tp taik dia asyik keluar je dr bontot n melekat2 kt bulu2 dia..td dia berak ada darah cair kt bontot dia..sembelit ke?tolonglah sy..anak kucing ni baru 3 bulan..

    ReplyDelete
  13. Slm... sy mempunyai sekor kucing parsi ..umo 5 bln selera mkn bby skrg ni kurang pastu bby berak cair lahh..apa patut sy buat...

    ReplyDelete
  14. Slm...kucing sy x de selera mkn..berat cair. Kenape mcm tu ? Sebelum ni bby sy mkn aym rebus n royal canin bby berumur 5 bln..

    ReplyDelete
  15. salam.. doc, minta nasihat & pendapat blh?
    sya bela seekor kucing, dr kecil mmg biasa mandi kn dia. selama nie x ada mslh apa2 pn.. gemok & gebu.. tp, semenjak sya blk kg ari2, sya tinggal kn dia kat umah, dia tunjuk kn sifat yg pelik skt..

    1) blk je dr kg, dia mengiau2 kuat2, mcm marah..lepas tu, sya mandikn dia konon nk tenang kn dia.lepas mandi je, masa nk kering kn bulu dia, tiba2, kaki kiri dia mcm kejang.. lepas tu dia jatuh & kejang seluruh badan..sya selimut kn dia dgn towel & peluk erat2 tenang kn dia.. lepas tu, mulut dia terketar2, mcm menggigil & kluar air liur, sya masuk kn towel kat mulut dia takut dia kancing gigi. dlm masa 5-10 min, dia tenang & pulih blk mcm biasa.

    2) seminggu lepas tue, dia terjun dari tingkap umah kami di tingkat 3. nasib baik rumah bwh kami kat tingkat 2 tue ada pasang awning, so, dia jatuh atas awning je..x ada luka @ patah pe2 pn..

    3) sejak dr kecik dia memang lepas bermain kejap je dia cepat letih & penat.. dia akan ternganga2 mulut & jelir lidah, mcm anjing selalu buat tu.. tp, sekarang nie, nmpk lagi teruk..sebab lari skit je @ bermain sikit je, mmg akn ternganga2 mulut mcm tu.. bernafas kuat & jatung serta perut dia berombak kuat.

    4) beberapa hari lepas, sya try mandikn blk.. sejak kejadian dia kejang tu mmg x pernah mandi kn lagi sbb takut dia kejang.. kalau x, mmg sya akn mandikn seminggu sekali. mandi air suam.. lepas sya mandikn, dia jadi kejang blk mcm ari2 yg pernah terjadi..tp, kali nie, x lama sgt mcm yg trjadi kali pertama tue.

    5) bulu dia sekarang pn, mula gugur byk.. dulu x gugur sebanyak nie.. berat badan pn susut skt..

    TOLONG ye, doc.. bg pendapat apa yg sya perlu buat & lakukan..
    sya mmg nk bw dia di klinik ari isnin nie nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing mandi sebulan sekali je. Setahu sy lah vet yg pesan. Awak mandikan seminggu sekali gaknye sejuk sgt tu.

      Delete
  16. Salam doc. Selamat berpuasa. Saya nk bertanya mengenai anak kucing saya yg berusia 2bulan setengah. Ada 2 ekor. Yg sekor sihat, yg sekor lagi kaki kanan dia lembik sikit. Tapi blh je jalan, berlari bermain. Tapi masalahnye, bila dorng main gigit n lasak, si anak kucing yg kaki lembik tu selalu terkencing. Setiap kali bermain mesti kencing 2,3 tempat.Last week baru g cucuk vaksin 1st time. Sari je xkencing, lepas tu hari2. Mintak doc advise apa perlu saya buat. Da mcm2 cara buat tpi xbhasil jgk. Huu

    ReplyDelete
  17. Tanya byk2 bukan vet reply pn. Sedih.

    ReplyDelete
  18. Salam dr ,, sy bele haiwan dusky leaf . Tp Bru semlm meninggal dunia :( . Dr haiwan tmpt sy mamg syak die sakit organ hati . Tp sy nk taw sgt apakah punca dr penyakit tersebut Blh doktor email sy sy nk taw sgt masalah tu. .

    allicesiamirin@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Sebaiknya korang bawaklah kucing kucing korang gi klinik haiwan. Doc ni pun busy nak melayankan sorang2 punya cerita, tak kerja pulak dia..�� kalau sygkan kucing kucing anda semua, tlg lah bawak gi vet ye. Tny kt sini possiblity dpt jawapan tu sgtlah rendah. Sy refer blog2 ni untuk tahu cara rawatan atau tand2 je. Kalau soal tanya2 ni, better rujuk klinik yg berdekatan. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum ada tak klinik hairan yg buka tutup jam 10malam sekor at area Shah Alam dan PJ. Thank You!

      Delete
  20. Assalamualikum,sy mpyai kucing y mhdap masalah saraf dan kedua kaki blkang ydak dpt brfgsi trmsuk ekornya.. kncing berak tdak dpt dkawal... bgaimana ingin mrawat kcing lumpuh?

    ReplyDelete
  21. Assalamualikum,sy mpyai kucing y mhdap masalah saraf dan kedua kaki blkang ydak dpt brfgsi trmsuk ekornya.. kncing berak tdak dpt dkawal... bgaimana ingin mrawat kcing lumpuh?

    ReplyDelete
  22. Sye xpasti pnyakit kucing sy sbb dy xlalu nk mkn n asyik nk minom je..jln ppm lembik..blh sy tau.x mcm mne nk rawat then agk2 bpe kos untk ubt?

    ReplyDelete
  23. Kenapa badan kucing saya menjadi sejuk

    ReplyDelete
  24. Kenapa badan kucing saya menjadi sejuk

    ReplyDelete
  25. Kenapa badan kucing saya menjadi sejuk

    ReplyDelete
  26. Kucing sy x blh nk berak lps kena langgar dgn tayar keta. Dh bwk g vet. Mulanya ingt patah kaki. Tp x. Ada pendapat?? Mohon bantuan.😞

    ReplyDelete
  27. Salam. Ank kucing saya kena langgar. Sy dh bwk pergi Vet. Tp lps balik dr tu. Bila dy nak berak. Dia x blh. Walaupun meneran. Dan dri tu saya rasa dia kena langgar bahgian punggung. Sbb tu sakit bila nk berak. Dn smpai skrg xblh nk berak. Bila nk berak je. Dh mengiau sakit. Kt punggung tu pn nmkpk mcm bengkak. Mulanya sy ingt dy patah kaki. Doc jst bg ubat thn sakit je. Apa sy perlu buat. Adakah usus dia pecah?

    ReplyDelete
  28. doktor. boleh x bukak klinik hari ahad? susahnye klu dktr tutup hri ahad.. sbb ms tu la rmi org free,perlukan doktor.. :(

    ReplyDelete
  29. Doktor kucing kena langgar kaki belakang 2 patah n nafas tercugap-cugap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts