Monday, October 29, 2012

KLINIK-KLINIK HAIWAN (VETERINAR) SEKITAR TEMPAT TINGGAL ANDA DI MALAYSIA

"kat tempat saya ni ada klinik haiwan ke doktor?" ... soalan lazim setiap kali aku menjawab panggilan telefon bertanyakan lokasi klinik haiwan atau veterinar di kawasan tempat tinggal mereka. 



Ok..kalau nak mudah dan senang di zaman IT ni, anda boleh terus browse ke web MSAVA . Kat sini anda boleh dapatkan nama klinik haiwan @veterinar, alamat dan juga nombor telefon mereka. Mudahkan... Senarai yang terdapat di laman web MSAVA ini adalah klinik-klinik haiwan@veterinar yang berdaftar dengan Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia ( Malaysian Small Animal Veterinary Association atau MSAVA).

Untuk yang ingin mendapatkan perkhidmatan klinik haiwan @ veterinar kerajaan, boleh ler ke laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Kena cari sikit kat web tu. Kalau susah, cuba dapatkan nombor telefon  Jabatan Veterinar berdekatan dalam web tu dan telefon mereka untuk maklumat lanjut. 

Untuk mereka yang inginkan penjagaan, kepakaran dan kelengkapan Klinik Veterinar yang terbaik, boleh ler ke laman web Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM). Kat sini ada ramai pakar veterinar dan kelengkapan mereka adalah antara yang tercanggih dan termoden di Malaysia. 

Pilihan di tangan anda. Dapatkan yang terbaik dan termampu untuk penjagaan kesihatan haiwan kesayangan anda. Semoga ceria selalu!
Best Blogger Tips

BAGAIMANA NAK BERI MAKAN UBAT BERBENTUK PIL ATAU TABLET KEPADA KUCING

" Alahai doktor...ubek pil ko?..Ni yang makcik lomah ni. Tak pandai la makcik nak boghi dio makan ubek tu....Doktor cucuk yo lah...." 

... antara dialog yang paling popular bila aku nak bekalkan ubat bebentuk pil kepada client...wooha!



Kebanyakkan ubat-ubatan kucing adalah dalam bentuk pil. Adakalanya menjadi masalah besar kepada tuan punya kucing untuk memberi kucing tu makan ubat berbentuk pil. Tidak dinafikan, dalam sesetengah kes, memang susah gila beb. Aku pun kadang2 'bersilat' bagai nak rak. Memang ada kucing yang pandai mengelak, dan ada juga yang pandai simpan ubat dalam mulut. Lepas seminit...ptuiiiiiii...adoiiii dia buang baiiiii!!!

Ada sesetengah orang suka menghancurkan ubat tu dalam air dan gunakan picagari untuk beri kepada kucing. Perlu diingatkan, tak semua ubat boleh dihancurkan atau dipecahkan. Ada ubat memang disalutkan dengan 'coating' khas untuk mengelakkan ia musnah terhadam oleh tindakan enzim dalam perut. Kalau kita pecahkan, ubat tu jadi musnah dan kita tak dapat efek yang dikehendaki.

Sepanjang pengalaman aku jadi Vet, aku dah temui cara atau teknik yang lebih mudah untuk beri kucing yang sakit ni makan ubat berbentuk pil. Cuba ler...insya Allah anda dapat beri kucing tu makan ubat.

1. Letakkan kucing anda di atas meja. Jangan letak kat bawah. Bila kat bawah, dia nampak kawasan tu luas dan mencetuskan semangat untuk melarikan diri...hehehe

2. Dudukkan kucing anda dalam keadaan tegak. Jangan beri ubat waktu kucing berdiri...nanti kaki depan dia akan cakar korang. Duduk dalam keadaan tegak yo baii...kalau senget, kaki belakang dia pulak cakar korang.

3. Kalau ada dua orang lagi bagus. Bila kucing tu duduk dalam keadaan tegak, Cuba kenakan tekanan yang 'firm' (agak-agak ler...) pada tulang bahu kucing tu untuk elakkan kucing tu berdiri.

4. Dongakkan muka kucing tu sampai dia betul2 pandang ke siling. Jangan takut bang...tak patah leher kucing tu...heheheh. 

5. Gunakan jari tangan sebelah lagi...jari telunjuk ye. Gunakan jari tuh untuk buka mulut kucing. Cuba kuis gigi kacip sebelah bawah untuk buka mulut. Pastikan muka kucing masih memandang siling.

6. Dah terbukak mulut dia...lepaskan pil tadi daripada atas terus ke tekak. Kalau berani, boleh je gunakan jari untuk tolak ubat tu jauh ke dalam. Hati-hati jangan sampai kono gigit. Tutup atau rapatkan kembali mulut kucing tu.

7. Posisi masih kucing memandang siling. Urut2 atau gosokkan bahagian pangkal leher kucing perlahan2 supaya mudah dia nak telan ubat tu. Cuba gosok2 hidung kucing tu untuk galakkan dia menelan. 

8. Tanda dia dah telan ubat tu ialah dia keluarkan lidah untuk menjilat bibir...Barulah boleh lepaskan muka kucing tuh kepada posisi sediakala.

Beri ubat pil ni pun sebenarnya kena mahir juga. Mula2 memang susah. Lama-lama nanti jadi senang dan mudah untuk kita beri dia makan ubat berbentuk pil. Jangan cepat putus asa...usaha tangga jaya..hehehehe
Best Blogger Tips