Thursday, June 9, 2011

JIRAN AKU KENA SERBU


Yahooo...jiran aku si Kedai Judi tu kena serbu. Selang 6 pintu daripada klinik aku. Aku curi2 amik gambo guna henpon...Memang lama dah ada kedai judi bertopengkan cybercafe kat kawasan ni. Kira2 jam 4 petang tadi, penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban datang dan serbu premis berkenaan. Habih barang2 semua kono angkut. Licinnnnnnnnn! Alhamdulillah! 



Biasa la dalam kes macam nih...tokan memang lepas lari. Elok sangat2 kena rush. Kalau tak pun aku perati orang kita yang banyak keluar masuk kedai judi tu. Masuk dengan muka semangat, bila keluar...huhuhu...muko cam lori balak kono langgar baiii. Banyak kalah dari monang....huh! 

Berjudi memang tak elok. Agama melarang..toksah kita berjudi baiii! Tak untung mana pun. Nak untung semangkuk, akhirnya rugi setimba....choii!!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
Surah An-Nisaa', Ayat 29




Best Blogger Tips Best Blogger Tips
  • Stumble This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Share On Reddit
  • Fave On Technorati
  • Buzz This Post
  • Tweet This Post
  • Digg This Post
  • Share On Facebook
Blog Gadgets

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment