Monday, June 13, 2011

'RECTAL PROLAPSE' PADA KUCING


Pernah tengok macam kat gambar atas tu. Itu ler satu keadaan dinamakan rectal prolapse (uluran rektum). Biasa  berlaku pada anak kucing atau anak anjing yang berumur 6 bulan kebawah. Apa yang kita akan nampak...kita akan nampak seperti usus terkeluar di bahagian anus. Sebenarnya ia adalah sebahagian rektum yang telah terkeluar disebabkan aktiviti meneran yang melampau. Bewarna kemerah-merahan. Keluar macam stokin terbalik.

Biasanya kucing tak dapat berak dengan betul disebabkan keadaan ini. Memang merana baiii!!...Kesian dia. Penyebab berlakunya keadaan ini masih tidak dapat dipastikan. Tapi, kebanyakkan vet berpendapat ia disebabkan oleh masalah  kecacingan. Selalunya masalah bermula dengan berak cair dan anus mula membengkak. Akibat aktiviti meneran yang agak kerap atau kuat, sebahagian rektum akan terkeluar sebagai uluran.

Apa nak buat kalau keadaan ini berlaku?? Pertama sekali, lembabkan bahagian usus yang keluar tu dengan air. Jangan sampai kering. Cepat bawa ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Ada juga pernah berlaku di mana keadaan ini dibiar berlarutan...lalat pun datang dan bertelur. Maka jadi pulak luka berulat....arghhhhhh! Kalau dah macam nih...memang berat dah. Prognosis is poor brader!


Biasanya untuk kes macam ni, Vet lain mungkin akan buat jahitan sementara disekeliling anus. Bagi aku...aku akan ambil pendekatan surgery. Aku malas nak buat kerja berulang. Belah dan terus repair...that is it! Settle!!

Kebanyakkan kes rectal prolapse ni berjaya aku rawat. Hampir 90% masalah settle dan kucing tu baik seperti sediakala. 10% tu mati sebab...owner lambat sangat bawak ke klinik. Dah banyak komplikasi...maggot wouund laaa, gangrene laaa....dehydrated teruk pun ada.

Penjagaan selepas surgery...beri makanan lembut selama seminggu. After that should be okay beb. Untuk elakkan masalah daripada berlaku...pastikan kucing anda makan ubat cacing regularly. Kalau ada masalah berak cair, cepat2 bawa ke klinik untuk rawatan. Jangan dibiarkan...kesian kucing tu....


Best Blogger Tips Best Blogger Tips
  • Stumble This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Share On Reddit
  • Fave On Technorati
  • Buzz This Post
  • Tweet This Post
  • Digg This Post
  • Share On Facebook
Blog Gadgets

15 comments:

zaMir said... Best Blogger Tips

hari tu saya pnah handle kes macam nih...saya letak ais kat tmpat tu...then, tggu dia kecut balik....pastu dr. tu jahit kat tmpat tu....kesian dia...dr. tu kata...kalau tak ok lg..bru operate...

Hisham Marmin said... Best Blogger Tips

@zaMir
Better do Sx terus... :)

zaMir said... Best Blogger Tips

@Hisham Marmin
kucing tu dah ok pun......bru je isnin lpas tuan dia bwk dtg utk bkak jahitan...macam x pcaya pulak boleh ok...

Wahida Ismail said... Best Blogger Tips

berape ye kos nak surgery ataupun jahit?? kucing saya baru kena ni..dia beranak pagi td tengok2 ada benda keluar. kuat meneran maybe. kami ingatkan dia tak habis beranak lg..

camalieyah Rabbi said... Best Blogger Tips

Erm nak tny.... kucing saya ni cirit birit. . Klu manusia kita minum garam kat hospital tu supaya xterhidrat kan.. kes kucing ni ble ke buat mcm tu dalam jumlah yg kecil maybe?

camalieyah Rabbi said... Best Blogger Tips

Agak2 dlm kes d atas ni... ada peluang x dia sembuh dgn sendiri? Rasanya kitten kat rmh ni ada bdk pijak la..... sbb br je lepas tgk dia sebelum nmpk benda kat punggung dia jd mcm ni... kitten ni suka kluar klu ada bdk2 lalu kat pagar rmh ni..... sedih tgk dia... tp dia mcm x sakit pun... siap main dgn adik beradik dia tu...

saad said... Best Blogger Tips

kalau kcing nie x dihantar ke klinik.. ade cara lain x utk ubt kat kucing nie???

saad said... Best Blogger Tips

boleh x tunjukkan gamba lpas kene jahit??

Noorazmatul Akma said... Best Blogger Tips

Sy ada kucing usus dia keluar panjang sangat..bleh baik ker?

Noorazmatul Akma said... Best Blogger Tips

Sy ada kucing usus dia keluar panjang sangat..bleh baik ker?

Hidayah Abdul Ghani said... Best Blogger Tips

Kucing sy bru lpas branak 2 hri lepas..anknye 2 ekor n kecik je. Pnggung keluar mende tu n bengkak..rupa2 nye time branak tu terkoyak smpai dubur..nk bt mcm mne ni ye? Ksian nengoknye..da sapu ubat tp dy jilatšŸ˜£

Abdul Rashid said... Best Blogger Tips

Kos nye 430 selepas 3 atau 4 hari dibiarkn bole diselamat kn 50/50

Amy Amilia said... Best Blogger Tips

Hi! Kat mana ya saya boleh bawa kucing untuk consultation kes ni?

Fadzli hamid said... Best Blogger Tips

Tolong...kucing saya,kne langgar,tak mati tapi ade bende merah terkeluar dari dubur dia,panjang 2 cm camtu..esok ahad,klinik tutup...nak buat macam mane?

Azni said... Best Blogger Tips

kucing saya rectal prolapsed utk kali ke-5 hari ni dlm tempoh 2.5 bln :( kali pertama dan kedua dah buat purse string sutures.. tp x tahan lama.. bila jd kali ketiga doctor buat colopexy surgery.. semasa surgery vet ckp perutnya inflammed teruk dan byk air.. suspected fip... coronavirus tinggi but bila test utk fip still x leh confirm as fip.. end up doctor ckp cld be IBD. treatmt utk diarhea dah mcm2.. he was on antibiotics, stanzil n steroid selama berminggu2 smp muntah2... colopexy bertahan 3 minggu je.. food chg to i/d, GI n even boiled chic+pumpkin.. stool masih watery.. ubat cacing pn dah diberi.. tp Mocha tetap meneran ms berak.. ms raya haji br ni dia prolapsed lg.. buat lg purse string sutures.. lps buka dia ok selama seminggu.. food kali ni sy tuka kpd raw chow i.e freeze dried lamb meat (dog food).. try to give limited ingredients diet... pertama kali dlm tempoh hampir 3 bln taik dia normal.. syukur sgt.. tp tiba2 hari ni dia prolapsed balik! n najis dia dah become soft semula, colgate form wit traces of mucus n blood... similar like before... mocha was treated at UVH in serdang n his last prolapsed ms raya haji sy bawa dia ke Hosp Jln Gasing... i really need help n another opinion sbb from 4-5 vets dat i hv consulted mereka juga buntu n xtau wat else to do... i welcome suggestions.. pls Whatsapp me at 0133619592.. tq

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment