'RECTAL PROLAPSE' PADA KUCING


Pernah tengok macam kat gambar atas tu. Itu ler satu keadaan dinamakan rectal prolapse (uluran rektum). Biasa  berlaku pada anak kucing atau anak anjing yang berumur 6 bulan kebawah. Apa yang kita akan nampak...kita akan nampak seperti usus terkeluar di bahagian anus. Sebenarnya ia adalah sebahagian rektum yang telah terkeluar disebabkan aktiviti meneran yang melampau. Bewarna kemerah-merahan. Keluar macam stokin terbalik.

Biasanya kucing tak dapat berak dengan betul disebabkan keadaan ini. Memang merana baiii!!...Kesian dia. Penyebab berlakunya keadaan ini masih tidak dapat dipastikan. Tapi, kebanyakkan vet berpendapat ia disebabkan oleh masalah  kecacingan. Selalunya masalah bermula dengan berak cair dan anus mula membengkak. Akibat aktiviti meneran yang agak kerap atau kuat, sebahagian rektum akan terkeluar sebagai uluran.

Apa nak buat kalau keadaan ini berlaku?? Pertama sekali, lembabkan bahagian usus yang keluar tu dengan air. Jangan sampai kering. Cepat bawa ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Ada juga pernah berlaku di mana keadaan ini dibiar berlarutan...lalat pun datang dan bertelur. Maka jadi pulak luka berulat....arghhhhhh! Kalau dah macam nih...memang berat dah. Prognosis is poor brader!


Biasanya untuk kes macam ni, Vet lain mungkin akan buat jahitan sementara disekeliling anus. Bagi aku...aku akan ambil pendekatan surgery. Aku malas nak buat kerja berulang. Belah dan terus repair...that is it! Settle!!

Kebanyakkan kes rectal prolapse ni berjaya aku rawat. Hampir 90% masalah settle dan kucing tu baik seperti sediakala. 10% tu mati sebab...owner lambat sangat bawak ke klinik. Dah banyak komplikasi...maggot wouund laaa, gangrene laaa....dehydrated teruk pun ada.

Penjagaan selepas surgery...beri makanan lembut selama seminggu. After that should be okay beb. Untuk elakkan masalah daripada berlaku...pastikan kucing anda makan ubat cacing regularly. Kalau ada masalah berak cair, cepat2 bawa ke klinik untuk rawatan. Jangan dibiarkan...kesian kucing tu....


Comments

  1. hari tu saya pnah handle kes macam nih...saya letak ais kat tmpat tu...then, tggu dia kecut balik....pastu dr. tu jahit kat tmpat tu....kesian dia...dr. tu kata...kalau tak ok lg..bru operate...

    ReplyDelete
  2. @Hisham Marmin
    kucing tu dah ok pun......bru je isnin lpas tuan dia bwk dtg utk bkak jahitan...macam x pcaya pulak boleh ok...

    ReplyDelete
  3. berape ye kos nak surgery ataupun jahit?? kucing saya baru kena ni..dia beranak pagi td tengok2 ada benda keluar. kuat meneran maybe. kami ingatkan dia tak habis beranak lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos nye 430 selepas 3 atau 4 hari dibiarkn bole diselamat kn 50/50

      Delete
    2. Hi! Kat mana ya saya boleh bawa kucing untuk consultation kes ni?

      Delete
  4. Erm nak tny.... kucing saya ni cirit birit. . Klu manusia kita minum garam kat hospital tu supaya xterhidrat kan.. kes kucing ni ble ke buat mcm tu dalam jumlah yg kecil maybe?

    ReplyDelete
  5. Agak2 dlm kes d atas ni... ada peluang x dia sembuh dgn sendiri? Rasanya kitten kat rmh ni ada bdk pijak la..... sbb br je lepas tgk dia sebelum nmpk benda kat punggung dia jd mcm ni... kitten ni suka kluar klu ada bdk2 lalu kat pagar rmh ni..... sedih tgk dia... tp dia mcm x sakit pun... siap main dgn adik beradik dia tu...

    ReplyDelete
  6. kalau kcing nie x dihantar ke klinik.. ade cara lain x utk ubt kat kucing nie???

    ReplyDelete
  7. boleh x tunjukkan gamba lpas kene jahit??

    ReplyDelete
  8. Sy ada kucing usus dia keluar panjang sangat..bleh baik ker?

    ReplyDelete
  9. Sy ada kucing usus dia keluar panjang sangat..bleh baik ker?

    ReplyDelete
  10. Kucing sy bru lpas branak 2 hri lepas..anknye 2 ekor n kecik je. Pnggung keluar mende tu n bengkak..rupa2 nye time branak tu terkoyak smpai dubur..nk bt mcm mne ni ye? Ksian nengoknye..da sapu ubat tp dy jilat😣

    ReplyDelete
  11. Tolong...kucing saya,kne langgar,tak mati tapi ade bende merah terkeluar dari dubur dia,panjang 2 cm camtu..esok ahad,klinik tutup...nak buat macam mane?

    ReplyDelete
  12. kucing saya rectal prolapsed utk kali ke-5 hari ni dlm tempoh 2.5 bln :( kali pertama dan kedua dah buat purse string sutures.. tp x tahan lama.. bila jd kali ketiga doctor buat colopexy surgery.. semasa surgery vet ckp perutnya inflammed teruk dan byk air.. suspected fip... coronavirus tinggi but bila test utk fip still x leh confirm as fip.. end up doctor ckp cld be IBD. treatmt utk diarhea dah mcm2.. he was on antibiotics, stanzil n steroid selama berminggu2 smp muntah2... colopexy bertahan 3 minggu je.. food chg to i/d, GI n even boiled chic+pumpkin.. stool masih watery.. ubat cacing pn dah diberi.. tp Mocha tetap meneran ms berak.. ms raya haji br ni dia prolapsed lg.. buat lg purse string sutures.. lps buka dia ok selama seminggu.. food kali ni sy tuka kpd raw chow i.e freeze dried lamb meat (dog food).. try to give limited ingredients diet... pertama kali dlm tempoh hampir 3 bln taik dia normal.. syukur sgt.. tp tiba2 hari ni dia prolapsed balik! n najis dia dah become soft semula, colgate form wit traces of mucus n blood... similar like before... mocha was treated at UVH in serdang n his last prolapsed ms raya haji sy bawa dia ke Hosp Jln Gasing... i really need help n another opinion sbb from 4-5 vets dat i hv consulted mereka juga buntu n xtau wat else to do... i welcome suggestions.. pls Whatsapp me at 0133619592.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hows your cat? My cat pun macam tu dah 3 kali dr jahit. In less than a month keluar balik. Saye buntu ��

      Delete
  13. Hello...kucing saya pun ada masalah yg sama...rectum dia keluar lepas beranak..nie nak tanya biasanya berapa kos pembedahan ini and ada risiko tak sbb kucing nie dah 3-4 hari bnda tu keluar

    ReplyDelete
  14. Baby Mokky sy pon ade masalah yg sama dah 2 kali jahit masih keluar juga benda tu..Dr minta sy bw Mokky ke Hospital UPM tapi sy tgh fikir bp pula kos rawatan lagi. .Sy cuba ikhtiar dgn Ais & puasakan Mokky utk tempoh 24 jam..

    ReplyDelete
  15. Selalu kalau kes mcmni kucing boleh pregnant lagi tak?

    ReplyDelete
  16. Sir.. Klinik hari ni tutup macam mana saya nak bawak dia gi klinik.. Kalau bukak pun klinik yang jauh2. Klinik kat sik ni bukak Ahad sampai Rabu ja.. Hari ni hari Khamis.. 😭😭..

    ReplyDelete
  17. Nak tnya anak kucing mcm ada lubang di perut dan menyebabkan seperti benjolan besar Dan lubang tersebut di dalam kulit. Bila tekan benjolan tersebut masuk balik.. tp lepas tue kluar balik benjolan.. Anak Kucing aktif shj buat masa ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts