SAYA BERI KUCING SAYA MAKAN PANADOL...BOLEH KE?

Cat and Panadol

WARNING : NEVER ADMINISTER PANADOL@PARACETAMOL TO A CAT !

Panadol atau 'pil KK' adalah paracetamol atau dikenali sebagai acetaminophen di sesetengah negara. Ada dalam bentuk tablet dan juga sirap. Dipercayai sebagai drug yang paling selamat dan berkesan untuk demam dan untuk menahan kesakitan pada manusia.


WARNING : NEVER ADMINISTER PANADOL@PARACETAMOL TO A CAT !

Ubat manusia yang paling mudah didapati dan kerap diberi kepada kucing sekiranya kucing demam. Ubat ni tak boleh bagi pada kucing baiiii....suku ko, sotongah ko, sesudu ko...usah dibagi. Bila dah makan ubat ni, dia tak dapat nak buang ubat ni daripada badan dan akhirnya menyebabkan toksisiti atau keracunan, dan bakal berakhir dengan kematian. Ia akan menyebabkan keupayaan membawa oksigen dalam darah kucing berkurangan. Memang bahaya dan menggugat nyawa.

Tanda-tanda keracunan Panadol :

1. Pernafasan jadi cepat, laju dan pendek
2. Gusi dan lidah bertukar warna kepada kebiruan
3. Muntah2
4. Muka dan kaki jadi bengkak - edema
5. Terdapat darah dalam urin
6. Jaundis
7. Sawan dan koma

Kematian biasanya berlaku selepas 6 hari pengambilan Panadol.....Kos rawatan?? Hmmm...biasanya start from RM300 dan ke atas...masssakkkk kau baiiii!

Moral of the story : NEVER ADMINISTER PANADOL@PARACETAMOL TO A CAT !

Comments

  1. org sekarang ni fikir ubat untuk manusia sesuai dgn haiwan...sebab malas nak keluarkan duit lebih sikit untuk haiwan2 mereka nih..tak pasal2 makin merana pulak...

    ReplyDelete
  2. @zaMir
    Itu laa..kadang2 tak tau nak cakap apa. Mungkin tuan punya tuh kurang tahu tentang ubat-ubatan ni...

    ReplyDelete
  3. As'kum.

    Panadol? Trpulang juga kpd tuan pnya kucing. Kalau ia sihat, alhamdulillah. Tp lebih elok klau diberi penawar yg tugasnya memang khas utk kesihatan haiwan:

    Rawatan Kesihatan buat Kucing Kesayangan

    Semoga para pecinta kucing menemui kemudahan dlm memaintainkan kesihatan haiwan. Tq.

    ReplyDelete
  4. kucing yg muntah & demam petang khamis. di kelatan klinik tutup jumaat.apa ubat yg sesuai?

    ReplyDelete
  5. tapi tht day masa bawa meow jumpa vet..dia suruh bgi panadol kanak2 kat meow..tapi bg suku je

    ReplyDelete
  6. boleh kah bagi makan kucing ubat cacing manusia?

    ReplyDelete
  7. Suami sy bg miaw oyen sy mkn panadol hncurkn tpi dlm kuantiti yg sedikit then bilaskn n air masak sekerap yg bolih..so far seblm ni klau miaw demm bg minum air kelapa tpi kelmarin dia bg mkn panadol..setakad ni miaw ok je mmpu bergerak n mkn ..tpi sy pon x sugest pd sesiapala cume kelmarin suami da terbeli..Alhamdulillah oyen sy beransur ciht..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts