NIKON 50MM F/1.4D - MY NEW LENS IN MY BAG!

Hehehe...lens ni aku beli bulan lepas. Mula2 pakai lens nih, rasa macam tak percaya boleh ambik gambor dengan jelas dan tajam dengan bersinarkan hanya 1 cahaya daripada lampu kalimantang. ISO memang aku pakai ISO 100. Paling tinggi pun ISO 400. Itu memang dah cukup pantas untuk dapatkan shutter speed melebihi 1/50, dan membolehkan kita ambil gambar yang jelas dan tajam tanpa gunakan tripod apabila menggunakan lens ni.

Lens ini juga yang selalu terpacak kat Nikon D7000 aku. Memang bagus untuk ambil gambar potret. Ada jugak aku belasah ambil gambar permandangan...ok jugak. Bokeh atau blurring effect...cun habis!!! DOF (Depth of field) yang menggoda kebanyakkan photographer. Letak lens ni dalam 'whishlist' korang...nescaya korang tak menyesal la baiiii...

Harga????...hampir 3 kali ganda lebih tinggi daripada Nikon 50mm f/1.8. Memula memang aku nak beli yang f/1.8. Tapi bila pegang dan dah test-drive kedua-duanya, aku buat keputusan ambil yang f/1.4. Aku beli yang baru hari tu...lepas buat muka seposen dan 'mintak nyawa', mamat kedai tu bagi aku dengan harga RM1050. Rating aku untuk lens nih...5 star beb! Terbaekkk!

Maka dengan itu, ia telah mendapat tempat dalam beg kamera aku...hehehehe. Berikut adalah contoh2 gambar yang diambil menggunakan Nikon D7000 dan lens ini.


My patient Uik...jeling babah! Grrrrrr!! Explorasi ke Gunung Telapak Buruk - Berlapis-lapis wok! Bambee the Bengal Puncak Gunung Telapak Buruk - Ini Wilayah CELCOM! Cat and Panadol

Untuk bacaan dan review yang lebih bagus - http://www.kenrockwell.com/nikon/5014af.htm

Comments

  1. tumpang tanya bro, saya ada masalah mengenai D7000 focusing..saya mahu tanya sama ada len 50mm F1.8 boleh ambil group foto? macam mana boleh buat semua subject nampak sharp? biasanya setting apa yang digunakan semasa ambil potret yang lebih 1 orang? 3D TRACKING? Or Single focus point?

    Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts