Monday, June 27, 2011

HAAAAAAAAAAAAAAA....SEMPUTTTTTTT!


Emmm...meh kita amati carta atas tu. Cuba kita renung...berapa ramai agaknya orang di Malaysia ni hidup dalam kesusahan. Berapa ramai daripada rakyat negara ini hidup berhempas pulas? Kesian...

Tapi apakan daya kita untuk membantu mereka. Harta tak sebanyak mana (semua hutang baiii...), kuasa jauh sekali. Bukan nak salahkan sesiapa...tetapi memang hidup untuk diharungi menjadi semakin perit dan penuh berliku. Inilah kenyataannya. Zaman ini zaman duit. Kesian...

Miskin bandar tak sama macam miskin kampung. Miskin bandar memang miskin gilo. Miskin kampung??? Masih gak dapat mencari2 pucuk2 kayu untuk dibuat ulam. Masih dapat juga ke sungai mengail ikan barang seekor dua untuk dijadikan lauk. Masih dapat juga bercucuk tanam disekeliling rumah. Miskin bandar?? Kesian...

Usaha??? Usaha gila babas bro... Semua orang usaha. Kerja kuat. Gaji ciput...arghhhhhh. Harga barang melambung tinggi. RM100 hingget celah gigi je. Bak kata Maharaja Lawak Sepah ...."haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...semputttttt!"

Semoga Tuhan berkati rezeki kita dan lindungi kita daripada kefakiran. Bersyukur aku atas segalanya.....amin ya rabbal alamin!

p/s: Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit!...aduyaiii!




Best Blogger Tips Best Blogger Tips
  • Stumble This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Share On Reddit
  • Fave On Technorati
  • Buzz This Post
  • Tweet This Post
  • Digg This Post
  • Share On Facebook
Blog Gadgets

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment