Saturday, July 2, 2011

ANAK KUCING BERAK BERCAMPUR DARAH

Anak kucing

Heh...siapa biasa bela kucing mungkin kerap jumpa dengan masalah nih. Anak kucing umur bawah 6 bulan memang boleh menunjukkan tanda klinikal berak bercampur darah. Selalunya episod ni bermula dengan berak cair. Tak lama kemudian najisnya bercampur darah. Badan anak kucing ni mula kurus, jalan terhuyung hayang dan dehydrated. Kalau tak di rawat, boleh menyebabkan kematian.

Apa penyebabnya ?

Salah satu sebabnya adalah berpunca daripada jangkitan Coccidia (genus : Isospora). Ia adalah sejenis protozoa (organisma 1 sel)  yang hidup dan beranak pinak dalam usus anak kucing dan anjing (biasanya yang berumur kurang 6 bulan). Kalau sebut benda nih kat makcik2 yang datang ke klinik..harus pening makcik2 tu. Selalunya aku kata ...anak kucing ni kena jangkitan kuman. Kan sonang tu baiii...Kucing dewasa jarang kena kerana telah imun. Dalam usus memasing sebenarnya memang ada pun kuman ni, tapi tidak menyebabkan penyakit kepada kucing dewasa. 

Bagaimana ia menjangkiti anak kucing ?

Jangkitan adalah daripada najis ibunya. Najis ibu kucing ni selalunya mempunyai sista ( macam benih laaa...) Isospora ni. Ibu kucing lepas 'tunaikan hajat', dia jilat bersihkan anus dia. Lepas tu pi jilat satu badan...lepas tu jilat anak la pulak. Haaaaa...tu la puncanya anak2 kucing tu dapat jangkitan Isospora ni. Sista tu masuk dalam usus anak kucing, melalui oral (mulut). Errr...korang boleh ikut ke tak ni? Ni dah kira ayat paling mudah aku terangkan nih...heheheh

Maka berkembang biak ler dia dalam usus anak kucing yang tiada immuniti terhadap Isospora tu. Mula telan sista sehingga nampak tanda klinikal adalah dalam lingkungan 13 hari. Dalam kes2 yang teruk, usus anak kucing tu boleh jadik transparent wooo. Usus tu dah jadi nipis sangat2. Isospora ni memang kerja dia dok musnahkan dinding usus. Tu yang berlaku pendarahan dalam usus. Jadi dapat la kita lihat darah pada najis anak kucing tersebut.

Rawatan ?

Bawa anak kucing anda segera ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan je. Nanti mati anak kucing tu. Kalau awal2 lagi dapat dikesan, kadar penyembuhan adalah amat baik.

Bagaimana nak kontrol atau nak elakkan jangkitan ini?

1. Pastikan ibu kucing dan anak kucing tu tak bergelumang dengan najis. Bersihkan setiap kali ibu kucing 'tunai hajat'. Ini untuk kucing2 yang dikurung dalam sangkar ler. Kalau lepas bebas, takde ler anak dia bergelumang ngan najis emak dia.

2. Cuci dan ganti alas atau apa jua hamparan untuk anak2 kucing tu sehari sekali. 

3. Sekiranya dah ada anak kucing menunjukkan tanda2 terkena jangkitan, sila asingkan anak kucing tu baiii...

4. Elakkan kucing anda berkongsi makanan dengan cik lalat dan juga cik lipas! Mereka ni sumer boleh menjadi pembawa kepada penyakit ni.

5. Kurangkan stress - sekiranya baru beli anak kucing atau anak kucing tu mula didedahkan persekitaran dengan baru, jangan la 'gomol' atau pegang2 sangat. Kurung je dalam sangkar barang 3 atau 4 hari untuk dapat dia sesuaikan keadaan di tempat baru.

Semoga anda gembira dan hidup bahagia dengan kucing-kucing anda!




Best Blogger Tips Best Blogger Tips
  • Stumble This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Share On Reddit
  • Fave On Technorati
  • Buzz This Post
  • Tweet This Post
  • Digg This Post
  • Share On Facebook
Blog Gadgets

11 comments:

zaMir said... Best Blogger Tips

saya bru je ambik anak kucing yg dtg kat dpn rumah td....dlan 3 bulan kot umur dia....harap2 x jd la mcm nih....huhuhu

haylind said... Best Blogger Tips

hr 2 momo da berak darah..sy nk tgk,kalu dia berak drh lg,sy nk g htr vet..pastu bla dia berak,njis dia ok blk..fzkal dia besa je,cm xde pape. kna htr g vet jg ke?

Hisham Marmin said... Best Blogger Tips

@haylind

Kalau tanda klinikal dah hilang...ok le tu. CUma saya nasihatkan bawa kucing anda ke Vet setiap bulan untuk pemeriksaan berkala. :)

Ervina said... Best Blogger Tips

hi, kucing (tommy) saya berumur 6 bulan dan agak berat 1kg. dah 4 hari, saya perhatikan dia mengalami masalah berak cair diikuti oleh sedikit lendiran darah di akhir buangannya. dia tak kerap berak,2 kali sehari pagi dan malam selepas makan. cuma hasil buangan nya cair dan berdarah. kucing ni agak kuat makan,aktif dan manja. dewormed dan vaksin dah lengkap 3 kali dan dia dah di spayed. apakah masalah kucing saya nie, doc? thanks in advance.

Nur Dhila said... Best Blogger Tips

assalam admin,ank kucing sy berak berdarah la...xtau la umor bape...huuhu...sy kutip kt surau je ank kucing nie...mula2 berak cair...pastu skrg berak darah byk dr taik...cair plak tu...byk kali jgk la die berak...sehari 5 6 kali jgk la...xlarat nk membersih nye...huhu...baru terjadi 1 hari..muka die dh pucat dah ha...teruk ke jangkitan kuman 2?

Hisham Marmin said... Best Blogger Tips

@Ervina
Mungkin ada jangkitan kuman dalam ususnya. Cuba bawa ke vet untuk rawatan.

Hisham Marmin said... Best Blogger Tips

@Nur Dhila

Anak kucing bearak darah jangan dibiarkan. Kalau lama2 nanti boleh menyebabkan kematian. Kena bawa ke klinik untuk rawatan ye dik.

ibnudunya said... Best Blogger Tips

assalamualaikum doc...saya ada masalah anak kucing( tiada ibu) umur lingkungan 3 minggu...najisnnya cair....seekor kurus sangat...risau saya dibuatnya...
- apa punca dan apa yang harus saya lakukan?
- ada x sukatan bancuhan susu yang sesuai untuk anak kucing?
- kalo bawa ke klinik haiwan (swasta) berapa kosnya?

houtenwann said... Best Blogger Tips

Salam en.hisham...sy nk tnye...klau ank kucing berusia bawah 2bulan berak cair dan berak keluar cacing ape sebabnya?adakah ank kucing ni ade jangkitan kuman atau sbagainya?

houtenwann said... Best Blogger Tips

Perlukah memandikan anak kucing yang brusia bwh 2bulan ????

ften frsha said... Best Blogger Tips

anak kucing saya belum cukup sebulan dan ibunya telah mati.. saya hanya beri dia minum susu ducthlady fullcream dan makanan kucing untuk kitten.. anak kucing saya mengalami masalah berak berdarah selama dua kali setakat ini dan muntah makanan dan airliurnya.. anak kucing saya sukar untuk minum air kosong dia hanya ingin minum susu saja.. tapi dia masih
aktif walaupun berak berdarah dan muntah tersebut.. apa yang perlu saya lakukan??

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment