KES : KUCING MAKAN KEMUNCUP



Kita biasa tengok kucing bermain2 dan makan rumput atau kemuncup. Aktiviti mengunyah kemuncup ni memang kerap dapat dilihat pada kucing. Bila lepaskan kucing petang2, kucing ni suka bermain2 sambil mengunyah2 kemuncup.

Beberapa hari lepas, masuk 1 kes dengan komplen kucing tak mau makan, air liur menjejeh, mulut berbau dan berat badan mula menyusut. Setelah pemeriksaan am dan fizikal dilakukan, telah ditemui benih2 kemuncup 'terpacak' dengan banyaknya dalam mulut kucing tersebut.

Rawatan telah diberikan dengan mengeluarkan semua benih kemuncup yang ada dan antibiotik juga telah diberi untuk mengelakkan jangkitan sekunder.

Sekiranya kucing anda suka mengunyah2 rumput atau kemuncup, lakukan pemeriksaan berkala di rumah untuk mengesan sekiranya ada benih2 kemuncup 'terpacak' dalam kawasan mulutnya. Pencegahan awal adalah lebih baik dan...lebih murahhh baiiii! :P



Comments

Popular Posts