MUNGKIN KAH INI SOLENODON : MAMALIA BERBISA YANG JARANG DIJUMPAI...ATAU HANYA CENCOROT / CENCURUT RUMAH???

[DSC_3530] Solenodon sp.

Tempohari ada sorang pelanggan membawa seekor haiwan yang aku sendiri pun tak tau apa namanya (gambar di atas). Sekali pandang macam tikus, tapi bukan rupanya. Haiwan ini memang jarang dijumpai di Malaysia dan inilah baru pertama kali didaftarkan di klinik ini. Menurut brader tu, dia jumpa haiwan ni di rumah dia. Dibawa ke klinik dengan hasrat untuk mengetahui bagaimana cara untuk menjaganya. Terus terang aku kata...aku memang kurang arif tentang penjagaan haiwan ini (angkat tangan gua der....). 

Yang bestnya, brader tu dah buat sedikit research dan dapat diketahui bahawa haiwan ini adalah Solenodon. Menurut pakcik Wikipedia, Solenodon adalah sejenis mamalia yang memakan serangga. Solenodon adalah nama genus dan hanya terdapat beberapa spesis sahaja di dunia. Hidup ditanah dan memang suka gali lubang dan aktif diwaktu malam. 

Yang bahayanya...ia BERBISA!!!. Wohaaaa!...tolong hati2 kalau jumpa haiwan ini. Jangan terus nak pegang kerana gigitannya berbisa (nasib baik aku tak pegang..huhuhuh). Kemungkinan besar juga spesis yang dijumpai ini adalah spesis yang terancam (endangered species). Untuk baca lebih lanjut (sebab aku malas hari ni...hehehe), sila baca di sini - http://en.wikipedia.org/wiki/Solenodon

Ada satu lagi haiwan yang sama Order dengan Solenodon nih...iaitu cencorot/cencurut rumah (bak kata kawan aku yang rajin membaca :P). Payah juga nak dibezakan. Perlu mereka yang pakar nih. Dalam kes aku merawat haiwan...kena banyak hati2. Lebih baik think worst dulu. Mana la tau kot dia tu berbisa...paghah den weiii :P

Jadi...hati-hati sekiranya terjumpa haiwan ini. Jangan sampai digigit...bahayooo wooo...hehehe. Errr...kalau korang nak test dia ni Solenodon atau cencorot/ cencurut...cuba ler hulur kaki untuk digigit ...wohaaa!!!



DSC_3526

DSC_3579

DSC_3574

DSC_3571

DSC_3536




Comments

  1. mcm cencurut..tp ada beza kat muncung dia....misai mcm Dr Hisham jek nie...kompius aku..wakaka

    ReplyDelete
  2. @old_code
    Kenyataan bermala fidae ni...kekekekek!

    ReplyDelete
  3. Salam Dr. Hisham...Cencorot ni kan susah nk dapatkan tapi saya pernah nampak masa dikg dulu...haiwan ni jenis duduk di celah2 kayu rasanya...kalau tak silap la..anyway nice info & blog doktor..

    BTW kami dah follow blog doktor, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye..

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. @Zul
    Thanx singgah di sini. Insya Allah saya akan meninjau ke blog anda.

    ReplyDelete
  5. Ada seekor tikus cencorot ni. Baru masuk perangkap. Ada sesiapa nak sebelum saya bunuhnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts