GERHANA BULAN | LUNAR ECLIPSE | 10 DIS 2011 @ SEREMBAN, N. SEMBILAN, MALAYSIA

[aDSC_3198] 8.23pm GMT+8

Wohaaaa!...lama dah tak menulis kat blog ni. Sibuk tah hapa2..hehehe. Alhamdulillah...malam tadi sempat merakamkan foto bulan gerhana (lunar eclipse). Rasanya ini kali kedua dapat merakamkan peristiwa yang sama. Allahuakbar!

Mula-mula rasa macam malas nak ambik gambar bulan ni, tapi bila tengah bawak kereta nak pergi kerja...nampak bulan purnama terus bersemangat nak merakamkan gerhana bulan (lunar eclipse) ni.

Gambar di atas adalah gambar mula-mula bulan masuk ke fasa gerhana. Masa ni tengah keje kat klinik. Curi-curi ambil gambar di waktu pelanggan takde. Belasah shoot depan klinik je (Seremban, N. Sembilan). Berpeluh-peluh jugak mengusung tripod dan kamera keluar masuk klinik. Gajet yang digunakan, sudah semestinya Nikon D7000, lensa Sigma 150-500mm, tripod dan 'remote shutter release'. Setting yang dgunakan adalah 1/200, f/8 dan ISO 100. Shutter dilepaskan secara kawalan jauh untuk kurangkan gegaran pada kamera. Yang tak tahan, masa nak shoot, masa tu jugak ler angin bertiup kencang. Awan pulak ada masanya macam cemburu dengan kecantikan bulan...hehehe.

Pada fasa-fasa tertentu, kelajuan shutter dikurangkan kerana cahaya bulan yang malap. Dengan cara ini akan memberi lebih banyak masa untuk cahaya di'tangkap' oleh sensor kamera. Cabaran yang dihadapai hanyalah tiupan angin kencang dan juga kepulan awan tebal yang berarak menutupi bulan. Gambar mula dirakamkan pada jam 8.23pm (GMT+8) dan tamat pada 12.23am (GMT+8) kerana awan tebal mula melitupi atmosfera. Memang susah nak edit gambar bulan yang dilindung awan semasa post processing. Memang terdapat gambar2 yang agak blur atau macam berkabus kerana kesan litupan awan.

Di bawah ni adalah gambar2 gerhana bulan (lunar eclipse) yang sempat dirakamkan. Gambar2 gerhana bulan (lunar eclipse) ini juga boleh dilihat di laman Flickr saya - http://www.flickr.com/photos/hishammarmin/sets/72157628367339857/detail/

Enjoy!


[aDSC_3198] 8.23pm GMT+8

[aDSC_3207] 8.31pm GMT+8

[aDSC_3215] 8.44pm GMT+8

[aDSC_3219] 9.30pm GMT+8

[aDSC_3234] 9.41pm GMT+8

[aDSC_3242] 9.43pm GMT+8

[aDSC_3254] 9.48pm GMT+8

[aDSC_3267] 9.58pm GMT+8

[aDSC_3276] 10.00pm GMT+8

[aDSC_3298] 10.07pm GMT+8

[aDSC_3313] 11.21pm GMT+8

[aDSC_3320] 11.26pm GMT+8

[aDSC_3330] 11.32pm GMT+8

[aDSC_3337] 11.38pm GMT+8

[aDSC_3342] 11.43pm GMT+8

[aDSC_3349] 11.48pm GMT+8

[aDSC_3361] 11.52pm GMT+8

[aDSC_3374] 11.58pm GMT+8

[aDSC_3381] 12.04am GMT+8

[aDSC_3394] 12.08am GMT+8

[aDSC_3407] 12.12am GMT+8

[aDSC_3429] 12.23am GMT+8







Comments

  1. Play Real Money Online Casino Site | Lucky Club
    If you are playing for real, secure real money online casino games online from the comfort of your own home. Make luckyclub.live money playing for real money. Lucky Club.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts