KERJAYA AKU - DOKTOR VETERINAR



Entri ni kita citer pulak pasal kerjaya sepenuh masa yang aku lakukan. Aku sebenarnya seorang Doktor Veterinar...orang kampung panggil Doktor Haiwan. Kengkawan panggil doktor binatang...hampeh! Ini adalah satu kerjaya yang amat kurang orang Melayu berkecimpung. Mungkin sebab proses
pembelajaran yang panjang dan juga sukatan pelajaran 100% dalam bahasa Inggeris @ omputih.

SPM aku dulu takde ler hebat sangat. Masih pangkat 1. Cuma Matematik je cukup makan. Aku mohon masuk UPM (dulu Universiti Pertanian Malaysia @ Serdang). Dapat ler masuk bermula 1989 dengan mengambil jurusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP). Jangkamasa kursus adalah 3 setengah tahun. Masa tu baru kenal lembu, kerbau, kuda, ayam, itik dan babi. Bergelumang dengan jerih perih, akhirnya berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya...hehehehe.

Dah habis diploma, mohon pulak masuk degree. Dah tentu ler program Doktor Perubatan Veterinar (Doctor Veterinary Medicine @ DVM) menjadi pilihan. Aku ingat lagi masa tu aku letak DVM sebagai pilihan pertama dalam borang UPU dengan 4 pilihan lagi aku biar kosong. Nekad aku dah...kalau dapat bagus. Kalau tak dapat..ngango..kekekeke. Alhamdulillah dapat sambung DVM tahun 1994. Belajar punyo belajar...akhirnya berjaya tamatkan pengajian pada 1999 dengan gelaran Doktor Veterinar. It is enough aku kata...aku malas dah nak belajar lagi. Lets go out and find something interesting...yehaaaaaaaaaa



Lepas keluar aku ternak lembu tenusu. At one time sampai 150 ekor lembu aku. Kerja tak hengat...kalahkan bangla dowh. Raya takde...cuti takde. Sepanjang tahun kerja. Now aku dah closed that dairy farm sebab tanah gomen dah ambik. Sebelum aku tutup ladang, aku bukak sebuah klinik haiwan kat Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Aku memula sewa ler bangunan 2 tingkat ni untuk jadikan klinik haiwan. Aku bubuh nama Kinik Haiwan Senawang. Ada gak member tanya kenapa tak gunakan nama Klinik Veterinar? Aku cakap...mokcik2 dari kampung tu bukan tahu pun menatang 'Veterinar' tuh. Untuk kebaikan dan kemudahan semua aku bubuh ler Klinik Haiwan. Kan senang..sumer orang faham.

Sehingga kini, ini ler kerjaya sepenuh masa aku. Berkhidmat kepada masyarakat di Klinik aku nih ...heheheh. Dengan hasil daripada berniaga, aku dapat beli bangunan klinik nih dan juga sebuah rumah 2 tingkat (corner lot) berhampiran. Alhamdulillah rezeki murah...rezeki anak2 dan juga doa ibubapa.

Pada pendapat aku, objektif sebagai seorang doktor veterinar macam aku nih senang jek - to make people happy. Sentiasa berikan perkhidmatan dan service yang terbaik kepada customer. Orang meniaga mulut mau manis be...takleh kasar2 ngan pelanggan...nanti diorang kecik ati. Next projek, aku nak renovate balik klinik aku nih. Nak gunakan 100% tingkat bawah dan atas. Kasi lapang sikit tingkat bawah untuk letakkan gondola2 untuk jual aksessori dan juga untuk keselesaan pengunjung. Tingkat atas aku gunakan untuk dijadikan wad.

Ada yang tanya, berapa pendapatan?...hehehehe...maleh arr cakap. Tapi kalau setakat gaji PM tu aku bley bayar dowh...hahahahah. Alhamdullilah..terima kasih ya Allah. :)

Comments

  1. Salam :)

    saya minat nak jadi doktor veterinar. tapi sekarang saya ambik diploma sains. boleh tak agak agak saya mohon perubatan veterinar lepas diploma? agak agak requirement dia macammana? tq doktor ^^

    ReplyDelete
  2. @♥ Cik Panda ♥

    Alhamdulillah dan bagus minat anda. Mohon sahaja selepas tamat Diploma Sains anda. Kebelakangan ini, jurusan Doktor Perubatan Veterinar di UPM mempunyai kriteria yang agak ketat untuk kemasukkan. Perlukan CGPA yang betul2 mantap ( melebihi 3.6).

    Anda boleh juga memohon untuk memasuki jurusan Bachelor Sains Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan. Saya tak pasti pula tentang requirement dia. Perlu rujuk pada web universiti tersebut.

    Saya doakan semoga anda berjaya mencapai cita2 anda. TQ

    ReplyDelete
  3. subhanallah..bestnya. :) saya nak sangat jadi vet ni. camna ye doc? skrg tgh kerja as medical lab technologist kat usm (dah 3 tahun). tp, nak apply smbung blaja kat UPM. agak2 doc senang tak nak dapat? ketat x syaratnya? dlu cgpa ms diploma 3.67 je. takut. :(

    ReplyDelete
  4. @najwa's

    Dengar2nya memang syarat amat ketat untuk kemasukkan program Doktor Perubatan Veterinar di UPM. Sebagai pilihan kedua, bolehlaa diletakkan program Bachelor Sains Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan. Mohon jer. Ada rezeki dapat ler nanti. :)

    ReplyDelete
  5. doc, sy ni ada mba,sblm ni wt diploma n degree in mgt..dh tua2 ni br sedar yg sy ni sygkan animal n nk jg veterinar..ade peluang lg ke?sy kene start dr diploma ke or sy bole jump terus ke degree?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..dr..sy mmg dr kecik dah bercita2 nk jd vet..tp parents mcm x brapa sokong sbb takut xde peluang kerja..sy ada cuba survey ttg peluang kerja ni..tp x jmpa..pd pndpt dr peluang kerjaya sbg vet ni still akn cerah ke dlm 5 thn ++ lg?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, doktor. saya baru lepas SPM. alhamdulillah, 11 a. saya sangat minat dengan haiwan. dari kecik saya dok merawat dan menjaga kucing, ayam, kura2, sesumpah, dan macam2 lagi. bab2 geli memang xde hal. tapi,dgn kelulusan saya, ibubapa saya lebih harapkan saya amik medic atau dentist. saya minat jugak medic ni. untuk buat pilihan, saya nak tahu peluang pekerjaan dlm bidang vet ni.selain bukak klinik, apa lagi?saya nak tahu sgt.. mintak doktor tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  8. aslmkm doctor, sy bakal melanjutkan pengajian doktor hewan kt gadjah mada, nk dptkan nasihat doktor la mengenai bidang ni sbb sblm ni sy minat perubatan(manusia) tp kelayakan akademik sy hny untk veterinar ja. tlg nasihat n bgtau detail ya ni email sy eusoff89@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. assalammualaikkum, saya ni seorang pelajar sekolah menengah , saya sangat berminat untuk ambil bidang vets, boleh terangkan tentang syarat dan kelayakan untuk menjadi seorang vets

    ReplyDelete
  10. Salam doc..sye tgh amek islamic studies di iium..sye mmg minat bdg veterinar..boleh x lps abis bljr ni..sye bljr bdg veterinar.. Dye pkai sains tulen ke..? Or sains bese kelas sastera tu lps jgk..sbb sye asal klas sains tp tukar sastera sbb x mnt fizik..so sye amek sains bese jela..mnta pencerahan..maseh

    ReplyDelete
  11. salam doc..kucing sy aritu bergaduh then bhgian punggung die sakit..dan mnyebbkan kesukran berak,lepas itu kencing die da x terkawal that mean die asyk terkencing aje,die tido pon boleh terkencing...aritu sy ad bwak pergi jabatan vet kerjaan,sy wat rawatn sana then dktr tuh ckap try bg insema,pam sembelit,die hnye bg antibiotik kecederaan dalam..tp smpai sekrang xde perubhan..so ape pndpt doc..

    ReplyDelete
  12. salam, saya berumur 18 tahun pd thun ni, result spm sy xla bagus sangat tapi saya mencuba di portal selangkah ke Uitm dan semak kelayakan sy untuk ke mn2 u dah sy boleh memohon ke upm dlm bdang kesihatan haiwan dan sy pun memohon dlm upu,agak2nye boleh ke sy diterima?

    ReplyDelete
  13. post yg sgt bermanfaat..t.kasih sebab share ^_^

    ReplyDelete
  14. Doktor, berapa gaji doktor haiwan? Klaw tinggi, saya nak jadi.

    ReplyDelete
  15. Assalam..adik sy berminat ngn haiwan..tp ayah xbg..sy nak persuade ayah sy spya benarkan, tp sgt sikit info yg ada..skarang peluang pkrjaan vet. luas x? Saingan pengambilan kerja di sektor awam susah x? Harap tuan dpt bg pendapat

    ReplyDelete
  16. saya pon nk jadi doktor haiwan.. tapi x tau tercapai ke x.. skarang baru umur 15 tahun.. tapi.. saya minat sungguh dengan haiwan.. Tahniah kepada awak sebab dah berjaya..
    peace yo !!

    ReplyDelete
  17. Asalamualaikum.harap reply.saya sdg asasi di upm.saya minat vet.tp adakahpeluang kerja sbgai vet cerah 7tahun akn dtg di malaysia?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Dr :) saya merupakan pelajar DKHP semester 3, UPM kampus Bintulu. in shaa Allah jika diizinkan-Nya saya ingin melanjutkan pelajaran dalam DVM. saya ingin bertanya pendapat Dr berkaitan peluang pekerjaan yang memerlukan pengalaman bekerja. recently, saya ada membuat sedikit homework berkenaan kerjaya sebagai Vet di Malaysia. rata-rata majikan menginginkan pekerja yang telah mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun. apa pendapat Dr berkaitan hal ini? dan bagaimana pula nasib kami yang freshly graduate nanti, sudah tentu kami kurang pengalaman. terima kasih :)

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Salam...dr...saya amat risau akan arnab saya ....nk bawa g klinik haiwan esk...kebanyakan tutup...huhuhu knape titiba arnab saya xleh brdiri??? sbb semalam dia ok je..huhu trimas harap boleh bantu

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Salam dokter, nak tanya.. Ada kwn sy warga indonesia ingin bekerja di malaysia.. Sdh bekerja di indonesia.. Ada informasi utk kerja di malaysia? Mhn bantuan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  23. dokter kucing sy...kucing sy dokto.....

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Nk sgt jd vet... tp msa matrik belajar x bersungguh
    .. pointer x lepas... tp alhamdulillah skrang dpt kos animal husbandry kat UMK... Ada jgk kaitan ngn haiwan... hihi

    ReplyDelete
  28. Nk sgt jd vet... tp msa matrik belajar x bersungguh
    .. pointer x lepas... tp alhamdulillah skrang dpt kos animal husbandry kat UMK... Ada jgk kaitan ngn haiwan... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis study ke sekarang? Kalau keje gov boleh ke mohon jadi pembantu vet? Saya skrng di matrik still study for last sem 2. Nak mohon vet tapi pesaing ramai. Boleh tak nak tau serba sikit pasal animal husbandry? Kalau boleh nak email.

      Delete
  29. Salam Dr. , ada tajaan tak veterinar untuk ke luar negara ?

    ReplyDelete
  30. Salam Dr. , ada tajaan tak veterinar untuk ke luar negara ?

    ReplyDelete
  31. Salam ...saya x da asas sain tulen langsung.skrang tgh diploma pentadbiran perniagaan.kalu degree nk ambk doktor aiwan ni blh x?kna wat pa ya...

    ReplyDelete
  32. Salam ...saya x da asas sain tulen langsung.skrang tgh diploma pentadbiran perniagaan.kalu degree nk ambk doktor aiwan ni blh x?kna wat pa ya...

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum doc, kalau kucing saya kene anemic dan ubat yg diberikan buat kucing sy lebih sakit. Langsung tak mahu makan dan minum. Apa langkah yang perlu saya lakukan? Please help me..
    Thank you.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum doc, kalau kucing saya kene anemic dan ubat yg diberikan buat kucing sy lebih sakit. Langsung tak mahu makan dan minum. Apa langkah yang perlu saya lakukan? Please help me..
    Thank you.

    ReplyDelete
  35. As salam doc,

    Saya ada anak kucing baru lahir ditinggalkan ibu, dah 2 kali terjadi. Macam mana nak bagi susu... kes pertama anak2 mati kelaparan.

    ReplyDelete
  36. As salam doc,

    Saya ada anak kucing baru lahir ditinggalkan ibu, dah 2 kali terjadi. Macam mana nak bagi susu... kes pertama anak2 mati kelaparan.

    ReplyDelete
  37. klau ambik asasi sains hayat dlu ada boleh saya sambung degree doktor vet dekat upm? slain upm ada lagi tak universiti lain? lagi satu boleh share klayakan diploma yg encik smbung tu.

    ReplyDelete
  38. klau ambik asasi sains hayat dlu ada boleh saya sambung degree doktor vet dekat upm? slain upm ada lagi tak universiti lain? lagi satu boleh share klayakan diploma yg encik smbung tu.

    ReplyDelete
  39. 7/2/16 - 18/2/16...
    Selama itu sya mlihat perubahan pada kucing saya... Kurang selera makan n perut buncit... Kucing sya kucing jantan dewasa, tpi kembung di perut umpama kucing betina yg mngandung.. Sya buntu dgn msalah ni..sya tlh memberi ubat cacing padanya.. Ttpi mcm x berubah pun.. Mohon encik britahu apa sbnrnya yg trjadi pada kucing jantan sya....huhuh....

    ReplyDelete
  40. 7/2/16 - 18/2/16...
    Selama itu sya mlihat perubahan pada kucing saya... Kurang selera makan n perut buncit... Kucing sya kucing jantan dewasa, tpi kembung di perut umpama kucing betina yg mngandung.. Sya buntu dgn msalah ni..sya tlh memberi ubat cacing padanya.. Ttpi mcm x berubah pun.. Mohon encik britahu apa sbnrnya yg trjadi pada kucing jantan sya....huhuh....

    ReplyDelete
  41. Dr. Hisham.. Boleh ke kita berkolaborasi utk bg masyarakat faham tentang kos veterinar ini.. Saya pun ada tulis blog tentang Kerjaya Veterinar ini sbb saya tahu ramai yang masih tak faham..
    bkn saya nk promote blog ke ape, tapi saya nk bekerjasama dgn Dr hisham utk educate masyarakat tentang kerjaya ini..

    Saya ada buat penulisan tentang jalan2 utk menjadi seorang doktor veterinar juga.
    Adik boleh ke blog ini untuk melihat lebih lanjut berkenaan dgn doktor veterinar

    http://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

    Terima kasih.. Utk kerjaya kita juga dan malaysia..

    ReplyDelete
  42. @Solehah Girl
    selain UPM, UMK juga menawrkan kursus Doktor Perubatan Veterinar

    ReplyDelete
  43. serius kah gaji tinggi? walaupun buka klinik sendri? huhu

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum doc...sy nak tnye la.sy lepasan diploma akaun...tp sy nak jd doc vet...ape langkah2 yang perlu??adakah sy perlu mengambil diploma kesihatan haiwan n peternakan??atau boleh terus sambung degree kesihatan haiwan??

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum doc...sy nak tnye la.sy lepasan diploma akaun...tp sy nak jd doc vet...ape langkah2 yang perlu??adakah sy perlu mengambil diploma kesihatan haiwan n peternakan??atau boleh terus sambung degree kesihatan haiwan??

    ReplyDelete
  46. @Hisham Marmin
    Betul ke pekerjaan sebagai zookeeper tiada kelulusan pun takpe? Saya minat vet at the same time saya minat nak jadi zookeeper. Boleh bagi saya cadangan?

    ReplyDelete
  47. Assalam doktor..kucing sy umur lingkungan 6-7 bulan..ada satu benjolan sebesar biji guli kt rahang dia..selera makan hilang..jadi tk aktif mcm selalu..mohon doktor bantu..016-5563782

    ReplyDelete
  48. Assalam doktor..kucing sy umur lingkungan 6-7 bulan..ada satu benjolan sebesar biji guli kt rahang dia..selera makan hilang..jadi tk aktif mcm selalu..mohon doktor bantu..016-5563782

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum doc,agak agak lah sekarang ni peluang pekerjaan jd vet ni susah x

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Mencari doktor vet untuk bekerja atau bekerjasama untuk menjalankan klinik haiwan. Berminat boleh call saya di 0174416916

    ReplyDelete
  52. salam ..perkongsian yang baik doc tapi..saya ni ade masalah geli sikit dgn binatang kecik kecik macam lipas atau yang berbisa sprti ular jengking and so on tapi saya tertarik dengan bidang kerjaya ni..apa pendapat doc?

    ReplyDelete
  53. Hye urgent sangat plis tolong saya. So kucing saya kene virus sporo tapi dah nak baik dah cuma kaki dia tu memang dah hancur berkecai keluar tulang bau bangkai semua lah mcamne eh nak kene hanta suruh potong je kaki tu ke ada cara nak rawat tapi memang kaki tu dah betul2 hancur daging dah takde langsung. Pls help me urgent sangat

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum.. :) saya baru seminggu dapat results SPM, xde la cemerlang...tapi xteruk.. Biasa2 je results.. Masa apply UPU smlm, bidang kesihatan haiwan dan penternakkn UPM ni keluar kat bahagian saya layak mohon... Dulu mmg bercita2 jadi doktor haiwan.. Dari kecik duk rawat ayam burung kucing tupai dan sugar glider..saya nk jadi doc haiwan sbb saya nak semua happy dan dpt bersama dgn haiwan kesygan mereka.. Sbb sedih hilangnya haiwan tu pedih woo =') saya harap sgt saya diterima masuk ke kos tu.. Sbb masa tril impian tu pudar.. Tapi smlm bersinar kembali gitu.. Kalau diikutkn, saya lebih rapat dgn haiwan berbanding kwn2 manusia 😅😅 dari kecik dgn haiwan je huhu

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum Doktor, minta izin untuk iklan berkaitan veterinar..jika ada adik adik yg tidak dpt mnyambung pengjian dlm bidang veterinar di IPTA Malaysia, boleh cuba peluang di luar negara seperti di IPTA Indonesia dan Bangladesh. Boleh ke IG kami Zara Zakiah Education. Kami merupakan agensi pengurusan pelajar ke luar negara berpengalaman 15 tahun. Boleh terus hubungi saya En Nazrin 011-14799976 utk keterangan lanjut. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts