FOREX???



Entri blog kali ini tentang forex...yerp forex! Hobi aku sejak 2006. Kenapa aku suka sangat...tak tau ler. Sehari tak tengok MT4, mau sengal kepala. Forex online...aku start bergelumang masa tahun 2006. Masa tuh memula trade kat Marketiva. Ramai gak la member2 jumpa kat situ.

Antara yang aku ingat thegreathafiz, anuarinvestor, hamsani, lanbotak (arwah dah...), ctaida, analeasayang...ramai lagi arrr. Bertitik tolak daripada situ, aku mula menimba ilmu dan pengalaman to become a great trader..hohohoh!

Sampai sekarang aku masih trade lagi. Cuma depo je dah lama tak buat (asik wdraw jek!)..:P. Ada orang tanya aku...senang ke trade? Boleh untung ke? Boleh kaya ke? Jawapan aku senang je...cuba dulu baru tau. Kalau ikut statistik mat saleh...95% melingkup dan hanya 5% sahaja yang berjaya. Kekadang termenung gak aku samada aku dapat ke idak masuk dalam golongan 5% tuh...:)


Lepas Marketiva...berhijrah ke Liteforex. Kat sini paling banyak aku habis duit dan sumer pengalaman trade di situ memang amat 'mahal' harganya. Masa tuh aku trade hampir 40 akaun pada satu masa...dengan 6 VPS on selama 24 jam sehari. Sumer trade pakai robot...robot yang sengal!!!..kekekekeke. Tah macam mana bukan rezeki...sumer tu melingkup di satu pagi yang hening. Arghhhhh....masa tu ler rasa berpeluh. Tangan menggeletar standby kat mouse. Tapi dah takde rezeki...terima je ler seadanya.


Start 2008 rasanya...sampai la sekarang aku setia dengan Instaforex. Broker ni best. Ada macam2 bonus dan macam2 tournament. Lepas tu akaun trading yang ditawarkan pun mudah..all in one. Takde makro or mikro. Instaforex masa tu baru bertapak kat Malaysia. Sehinggalah hari nih...terus 'membelasah' Instaforex..hohohohoho!

Itu ler serba sedikit perjalanan hidup aku bergelumang dengan forex. Dah macam2 teknik, macam2 cara trading di cuba. Chart daripada terang jadik semak...dan akhirnya jadik terang balik. Pengalaman rupanya semua tuh dan menjadikan kita matang dalam trading. Forex bukan main2...kalau dah tercelup sebelah kaki, memang at last gerenti tenggelelam sampai ke hidung. Dah tak boleh tinggal dah. Ketagihan ni pulak kekadang boleh jadik melampau bangat. Ada jugak ler kengkawan yang sakit jantung...tak kurang juga yang angkat bendera putih berpatang arang berkerat rotan. Aku...masih setia memorex! Lantak laa nak jadi apa pun...sebab...aku dah suka. Orang nak kata apa..ada aku kesah???

Comments

  1. boleh ajar sy forex ..rugi dulu pun x pa...sy sanggup

    ReplyDelete
  2. My name is Andrew, I represent NewForex brokerage company (newforex.com).
    We would like to discuss partnership with You.
    Please contact me.

    My contacts:
    Mail: partnership@newforex.com
    Skype: partnership.newforex

    ReplyDelete
  3. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts