TEKNIK MUDAH MANDIKAN KUCING



Entri ni kita citer cemana nak senang mandikan kucing. Masalah besor gak nih...terutama kepada peminat2 tegar kucing. Ada tu sampai calar balar tangan kena cakar dengan kucing masa mandikan kucing2 tuh. Tak kurang jugak la yang kena gigit. Kejor kucing satu kampung pun ada sebab...bila kena air je...burrrr...terus kucing lari sekuat2 hati macam dikejar hantu...hehehehe. Memang macam2 cerita kalau pasal mandikan kucing ni.

Ikuti langkah2 kat bawah ni untuk memudahkan anda mandikan kucing2 anda tu:

1. Sediakan sangkar. Sangkar standard tu ler. Yang bawah dia ada tray plastik tu. Lagi kecik lagi bagus. Itu tray plastik kasik remove. Biarkan sangkar tu sahaja.

2. Ambik shampoo. Shampoo untuk haiwan ye. Jangan pulak korang belasah guna Rejoice, Pantene....hehehehe. Ambik mangkuk bubuh shampoo..campur air. Jadikan ia larutan. Make it easier...

3. Tanggalkan segala rantai kat leher kucing tuh. Masukkan kucing tu dalam sangkar.

4. Kat rumah korangkan ada shower air panas. Setkan air tu suam2 dah ler. Jangan lak panas sangat. Tak pasal locot lak kucing tu nanti. ONkan shower tuh.

5. Memula jirus gunakan shower tuh start daripada kaki bawa ke atas. Untuk muka kucing tu, korang siram shower tu daripada kedudukan tinggi sikit. Kira macam air hujan ler. Takler kucing tuh kelemasan.

6. Then, ambik larutan shampoo tadi, bukak pintu sangkar, jirus dan ratakan ke badan kucing. Kalau kucing tu diam jek, keluarkan kucing tuh, letak atas sangkar...dan mula ler 'sental' badan kucing tuh mana yang patut. Pakai tangan je pun dah ok. 

7. Dah rata shampoo tu, masukkan kucing tu dalam sangkar balik. Biar 10 minit. Toksah risau ler, rasa shampoo tu bukan sedap pun. Takkan adanya dia nak jilat.

8. Lepas 10 minit kita ONkan shower, kita start bilas. Start daripada bahagian kaki bawak naik ke atas. Kucing masih dalam sangkar. Jirus je ler sampai segala saki baki shampoo kat badan kucing tu hilang.

9. Ambik tuala. Keluarkan kucing daripada sangkar dan lap kucing tuh sekering yang boleh. Nak cepat boleh guna hair dryer sebagai bantuan.

10. Kalau kucing tu tak makan dalam 6-12 jam lepas mandi, menggigil semacam, bulu meremang...bawak berjumpa Vet. Mungkin kucing tu demam...:)

Dah selesai. Sonang yo baiiii!

Comments

Popular Posts